• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno Spark 20 Pro akan tiba di Malaysia, ada kamera 108MP bersama Dynamic Island

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:50 pm
  • 03/01/2024
  • Komen
Tecno Spark 20 Pro akan tiba di Malaysia, ada kamera 108MP bersama Dynamic Island
Share on FacebookShare on Twitter

Tecno Malaysia dalam satu siaran di Facebook telah mengesahkan mereka bakal membawa masuk telefon mampu milik terbaru mereka dalam siri Spark iaitu Spark 20 Pro ke pasaran Malaysia. Pelancarannya telah pun berlangsung di peringkat antarabangsa, dan ia tampil dengan ciri seperti kamera 108MP, skrin 120Hz dan juga Dynamic Port, iaitu Dynamic Island versi Tecno.

Walau bagaimanapun, tarikh pelancarannya di Malaysia masih belum didedahkan. Tetapi Tecno ada menyatakan yang telefon tersebut hampir tiba, menunjukkan pelancarannya mungkin mengambil tempat sekitar bulan ini. Untuk perbandingan, ia dilancar secara global pada 15 Disember 2023.



Spesifikasi Tecno Spark 20 Pro

Tecno Spark 20 Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G99 6nm. Ini bermakna ia hanya menyokong 4G dan tiada 5G. Bersama cip itu, ia dipadankan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB. Kapasiti RAM boleh diperluas dengan RAM maya sehingga 8GB lagi dan terdapat slot MikroSD padanya.

Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi HiOS 13 berasaskan Android 13. Tenaga telefon disalur oleh bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan berkuasa 33W.



Bahagian paparannya menggunakan panel IPS LCD 6.78-inci pada resolusi HD Penuh bersama dengan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat lubang kamera hadapan yang juga mempunyai fungsi Dynamic Port menawarkan maklumat ringkas seperti panggilan, face unlock dan status pengecasan terus di dahi skrin.

Untuk menangkap gambar, walaupun kelihatan ada tiga modul kamera, hanya satu sahaja yang boleh menangkap gambar. Kamera utamanya menggunakan sensor sebesar 108MP f/1.75, manakala lagi dua adalah kamera depth. Untuk selfie, terdapat kamera hadapan 32MP f/2.2.

Sistem bunyinya dilengkapi dengan speaker stereo DTS dengan kelantangan sehingga 400%, dan masih terdapat jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar. Lain-lain ciri yang terdapat padanya termasuk Bluetooth 5.2, WiFi 5, NFC, dan kali air dan debu IP53. Untuk pasaran antarbangsa, ia tersedia dalam empat pilihan warna iaitu hitam, biru cair, kuning dan hijau.

Harga rasminya di Malaysia masih tidak diketahui setakat ini. Sebagai perbandingan, varian biasa Spark 20 yang dilancarkan di Malaysia tempoh hari diletakkan pada harga RM499. Jadi anda boleh jangkakan harga Spark 20 Pro akan lebih sedikit daripada itu.

Bacaan berkaitan

  • Tecno Phantom V Flip rasmi di Malaysia, telefon lipat termurah dengan skrin LTPO dan kamera FreeCam
  • Telefon lipat bawah RM3,000 murah? Tecno Phantom V Flip bakal dilancar di Malaysia
  • Tecno lancar Phantom V Fold di Malaysia, telefon lipat termurah yang anda boleh beli
Tags: tecnoTecno Spark 20 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tecno Spark 20 Pro akan tiba di Malaysia, ada kamera 108MP bersama Dynamic Island

Tecno Spark 20 Pro akan tiba di Malaysia, ada kamera 108MP bersama Dynamic Island

3 January 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN