• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CES 2024: Samsung umum tiga monitor Odyssey OLED baharu, kadar segar semula cecah 360Hz

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:19 pm
  • 04/01/2024
  • Komen
CES 2024: Samsung umum tiga monitor Odyssey OLED baharu, kadar segar semula cecah 360Hz
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung membuka reruai di CES 2024 dan mereka mempamerkan kemas kini monitor gaming dalam siri Samsung Odyssey OLED mereka. Tiga produk baharu yang mereka umumkan ialah:

  • Samsung Odyssey OLED G9 (G95SD)
  • Samsung Odyssey OLED G8 (G80SD)
  • Samsung Odyssey OLED G6 (G60SD)

Samsung Odyssey OLED G9 (G95SD)

Samsung Odyssey OLED G9 (G95SD) adalah model yang diperbaharui daripada model G95SC tahun 2023. Perbezaan yang dibakaan tahuni ni adalah lampu RGB di bahagian belakang kini ada dalam perumah yang lebih langsing dan dikenali sebagai Core Lightning+. Kaki penyangga monitor ini juga lebih nipis untuk tampak minimalis.



Untuk bahagian paparan, spesifikasinya masih sama. Ia ada skrin OLED melengkung 1800R beresolusi 5,120 x 1,440 dengan nisbah paparan 32:9. Kadar kecerahannya adalah 250nits berkadar segar semula setinggi 240Hz.

Port I/O juga ada perubahan. Contohnya bilangan port HDMI 2.1 ada pertambahan menjadikan 2 semuanya. Yang dikekalkan adalah port USB untuk aksesori berkaitan dan juga paparan DisplayPort 1.4.



Odyssey OLED G9 (G95SD) mengguna pakai sistem operasi Tizen OS Smart TV, jadi ia boleh bertindak seperti TV pintar dalam ruang kerja anda.

Samsung Odyssey OLED G8 (G80SD) & Odyssey OLED G6 (G60SD)

Buat pertama kalinya Samsung memperkenalkan monitor OLED Odyseey dalam format rata menerusi dua model ini. Odyssey OLED G8 adalah monitor bersaiz 32” manakala Odyssey OLED G6 bersaiz 27”. Kedua-dua mereka mendukung nisbah paparan 16:9 dengan OLED G8 memiliki panel beresolusi 4K (3,840 x 2,160) sementara OLED G6 sekadar QHD (2,560 x 1440).

Sungguhpun begitu, OELD G6 mempunyai kadar segar semula yang paling tinggi dalam kalangan yang dilancarkan iaitu 360Hz sedangkan OLED G8 berada pada paras 240Hz, sama seperti OLED G9 tadi.

Bilangan port I/O yang ditawarkan adalah sama merentasi varian. Pengguna bakal temui 2 port HDMI 2.1, USB-A hub, dan DisplayPort 1.4 untuk kemudahan dan lagi yang memudahkan, mereka masing-masing menjalankan sistem operasi Tizen OS Smart TV supaya anda boleh tonton kandungan multimedia melalui aplikasi-aplikasi penstriman kegemaran.

Sumber: Samsung

Bacaan berkaitan

Odyssey OLED G9 di Malaysia: Monitor gaming 49”, 240Hz, dijual bermula RM9,499

Tags: monitorsamsungsamsung odysseysamsung odyssey oled g6samsung odyssey oled g8Samsung Odyssey OLED G9
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

CES 2024: Samsung umum tiga monitor Odyssey OLED baharu, kadar segar semula cecah 360Hz

CES 2024: Samsung umum tiga monitor Odyssey OLED baharu, kadar segar semula cecah 360Hz

4 January 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER