• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengguna kini lebih gemar beli telefon kelas premium berbanding bajet

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:07 pm
  • 04/01/2024
  • Komen
Pengguna kini lebih gemar beli telefon kelas premium berbanding bajet
Share on FacebookShare on Twitter

Penganalisis daripada Counterpoint Research, melalui hasil tinjauan mereka, mendapati yang pengguna kini lebih selesa mendapatkan telefon pintar daripada kategori premium dan ultra premium untuk kegunaan.

Kertas kajian tersebut mengkategorikan telefon premium dan ultra premium adalah yang mempunyai tanda harga masing-masing melebihi USD600 (~RM2,784) dan USD1,000 (~RM4,640).



Trend tersebut dicerap di semua seluruh dunia dengan pasaran India mencatatkan pertumbuhan kategori premium paling pantas. Ia mungkin menunjukkan yang pengguna sanggup berbelanja lebih sedikit bagi beroleh telefon yang tahan lama berbanding dapatkan telefon yang murah dengan jangka hayat yang pendek.

Tambahan pula, trend pengguna mendapatkan telefon iPhone terbaru setiap tahun mungkin menipis kerana pegangan pasaran jenama itu turun daripada 75% kepada 71%. Walau bagaimanapun, Apple masih mendominasi arena telefon premium berbanding pesaing Android-nya.



Kategori premium Samsung pula dikesan telah naik sebanyak 1% dan ia tidaklah memelikkan kerana mereka mempunyai banyak calon daripada Galaxy S23 hinggalah Galaxy Z Fold 5 dan Galaxy Z Flip 5 yang masing-masing mempunyai perbezaan fizikaliti ketara.

Secara keseluruhannya, penjualan telefon berkelas premium dan yang keatas menunjukkan peningkatan tahun demi tahun sejak 2016 dan setakat 2023, hampir 1 daripada 4 telefon yang terjual adalah berharga skeurang-kurangnya USD600.

Sumber: Counterpoint Research, Gambar Pemuka

Bacaan berkaitan

Walaupun ekonomi gawat, jualan telefon premium tetap bertumbuh pesat terutamanya iPhone & Honor

China akan dilarang jual telefon murah di India

Apple pecah rekod, 8 dari 10 telefon terbanyak dijual tahun lepas adalah iPhone!

Tags: Counterpointtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pengguna kini lebih gemar beli telefon kelas premium berbanding bajet

Pengguna kini lebih gemar beli telefon kelas premium berbanding bajet

4 January 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN