• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 13 5G: Kamera utama dipertingkat 2 kali ganda & cipset MediaTek Dimensity 6080

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:19 pm
  • 05/01/2024
  • Komen
240105 Redmi Note 13 5G India
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Redmi Note 13 telah dilancarkan Xiaomi untuk pasaran India selepas tiga bulan diperkenalkan di China. Tiga model telah diumumkan iaitu: 

  1. Redmi Note 13 5G
  2. Redmi Note 13 Pro 5G
  3. Redmi Note 13 Pro+ 5G

Harga siri Redmi Note 13 di India

Di India, siri Redmi Note 13 dijual pada harga berikut:



Redmi Note 13 5G

  • RAM 6GB + storan 128GB – INR16,999 (~RM949)
  • RAM 8GB + storan 256GB – INR18,999 (~RM1060)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR20,999 (~RM1172)

Redmi Note 13 Pro 5G



  • RAM 8GB + storan 128GB – INR23,999 (~RM1339)
  • RAM 8GB + storan 256GB – INR25,999 (~RM1451)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR27,999 (~RM1562)
240105 Redmi Note 13 India

Redmi Note 13 Pro+ 5G

  • RAM 8GB + storan 256GB – INR29,999 (~RM1674)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR31,999 (~RM1785)
  • RAM 12GB + storan 512GB – INR33,999 (~RM1897)

Spesifikasi Redmi Note 13 5G

Redmi Note 13 5G adalah model yang asas dalam trio yang dilancarkan. Ia hadir dengan paparan AMOLED 6.67 inci, kadar penyegaran semula setinggi 120Hz dan kadar kecerahan puncak pada 1000 nits. Ia juga dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

240105 Redmi Note 13 India

Peningkatan pada Redmi Note 13 5G berbanding Redmi Note 12 5G adalah ia dikuasakan cipset MediaTek Dimensity 6080 6nm, yang disokong sehingga RAM 12GB dan 256GB storan terbina. Untuk menambah storan dalaman, terdapat slot mikro-SD yang menyokong storan sehingga 1TB. Redmi Note 13 5G menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13. 

240105 Redmi Note 13 5G India
240105 Redmi Note 13 5G India

Bahagian optiknya, turut diberikan peningkatan berbanding Redmi Note 12 5G. Redmi Note 13 5G menampilkan kamera utama 108MP f/1.75 dan dilengkapi teknologi 3x zoom digital, berbanding 50MP untuk kamera utama Redmi Note 12 5G. Redmi Note 13 5G juga dilengkapi kamera ultra lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro 2MP f/2.4 dan kamera swafoto 16MP. 

240105 Redmi Note 13 5G India
240105 Redmi Note 13 5G India

Redmi Note 13 5G adalah Redmi Note paling nipis yang pernah dikeluarkan Xiaomi dengan kenipisan 7.6mm, lebih nipis daripada Redmi Note 12 5G pada 8.17mm. 

Ciri menarik pada telefon terbaharu itu adalah seperti sistem audio stereo dengan teknologi Dolby Atmos, jek audio 3.5mm, dwi mikrofon untuk pembatalan bunyi bising, pengimbas capjari di sisi, NFC dan pemancar inframerah.

240105 Redmi Note 13 5G India

Terdapat bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas berwayar 33W.

Berbaloi ke untuk menukar daripada Redmi Note 12 5G kepada Redmi Note 13 5G? Bagi saya, jika anda gemar mengambil gambar, mungkin boleh menaiktaraf telefon pintar anda kepada Redmi Note 13 5G memandangkan spesifikasi kamera pada siri baharu ini lebih tinggi berbanding versi terdahulu.

Pun begitu buat masa ini tidak pasti sama ada varian yang sama akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dijadualkan pada 15 Januari 2024 nanti atau tidak. Untuk maklumat lanjut, kenalah tunggu pelancarannya yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.

[Sumber: Xiaomi India]

Bacaan berkaitan:

  • Redmi Note pertama dengan IP68 akan dilancar di Malaysia 15 Januari 2024
  • Redmi Note 13 Pro+ 5G: Pertama dengan IP68, kekal dengan kamera 200MP
  • Redmi Note 13 Pro 5G: Tampil dengan kamera 200MP & pertama dengan Snapdragon 7s Gen 2
Tags: Redmiredmi note 13redmi note 13 proredmi note 13 pro+xiaomi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240105 Redmi Note 13 5G India

Redmi Note 13 5G: Kamera utama dipertingkat 2 kali ganda & cipset MediaTek Dimensity 6080

5 January 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN