• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 13 Pro+ 5G: Pertama dengan IP68, kekal dengan kamera 200MP

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:19 pm
  • 05/01/2024
  • Komen
240105 Redmi Note 13 Pro+ 5G India
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Redmi Note 13 telah dilancarkan Xiaomi untuk pasaran India selepas tiga bulan diperkenalkan di China. Tiga model telah diumumkan iaitu: 

  1. Redmi Note 13 5G
  2. Redmi Note 13 Pro 5G
  3. Redmi Note 13 Pro+ 5G

Harga siri Redmi Note 13 di India

Di India, siri Redmi Note 13 pada harga berikut:



Redmi Note 13 5G

  • RAM 6GB + storan 128GB – INR16,999 (~RM949)
  • RAM 8GB + storan 256GB – INR18,999 (~RM1060)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR20,999 (~RM1172)

Redmi Note 13 Pro 5G



  • RAM 8GB + storan 128GB – INR23,999 (~RM1339)
  • RAM 8GB + storan 256GB – INR25,999 (~RM1451)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR27,999 (~RM1562)
240105 Redmi Note 13 India

Redmi Note 13 Pro+ 5G

  • RAM 8GB + storan 256GB – INR29,999 (~RM1674)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR31,999 (~RM1785)
  • RAM 12GB + storan 512GB – INR33,999 (~RM1897)

Spesifikasi Redmi Note 13 Pro+ 5G

Redmi Note 13 Pro+ merupakan model tertinggi dalam kalangan trio yang dilancarkan. Pada bahagian muka, telefon pintar ini ada paparan sama seperti Redmi Note 13 Pro. Ia dilengkapi panel paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1.5K (2712 x 1220), kadar penyegaran semula setinggi 120Hz dan kecerahan puncak pada 1,800 nits. Paparan itu juga dilindungi Corning Gorilla Glass Victus.

240105 Redmi Note 13 India

Redmi Note 13 Pro+ adalah telefon pertama dunia dijana cipset MediaTek Dimensity 7200 Ultra. Cip itu menjanjikan peningkatan prestasi keseluruhan berbanding generasi terdahulu dan turut menyokong RAM sehingga 12GB dengan storan dalaman 512GB. Ia juga menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13 seperti model asas. 

240105 Redmi Note 13 Pro+ 5G India
240105 Redmi Note 13 Pro+ 5G India

Sebagai perbandingan, Redmi Note 12 Pro+ dikuasakan cipset Mediatek Dimensity 1080 dan hanya satu konfigurasi RAM serta storan ditawarkan iaitu 8+256GB. Model ini juga merupakan telefon pintar pertama Redmi yang menerima penarafan IP68 yang menjadikan ia telefon kalis debu dan air.

Untuk optiknya, Redmi Note 13 Pro+ 5G dilengkapi tiga buah kamera belakang. Kamera utamanya 200MP f/1.65 dengan sensor ISOCELL HP3 dan penstabilan imej optikal (OIS) serta teknologi 4x zoom digital. Untuk kamera kedua telefon ini adalah kamera ultra lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro 2MP sebagai kamera ketiganya. Untuk swafoto dan panggilan video, disediakan kamera hadapan 16MP f/2.45 untuk digunakan.

Untuk perbandingan, kamera Redmi Note 12 Pro+ 5G juga sama. Ia dipasangkan tiga kamera belakang, iaitu 200MP sebagai kamera utama bersama kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Manakala kamera hadapan 16MP.

240105 Redmi Note 13 Pro+ 5G India

Ciri menarik pada telefon Redmi Note 13 Pro+ 5G adalah seperti sistem audio stereo berteknologi Dolby Atmos, jek audio 3.5mm, pengimbas capjari dalam paparan, dan AI Face Unlock. 

240105 Redmi Note 13 Pro+ 5G India

Keunikan pada model Pro+ ini adalah kemasan pada bahagian belakangnya. Ia dibahagikan ke dalam kekotak dan diwarnakan dengan warna pastel berbeza.

Kapasiti bateri model ini kecil sedikit berbanding Redmi Note 13 Pro, iaitu 5,000mAh. Pun begitu, ia menawarkan teknologi pengecasan yang sangat pantas pada 120W. Pengecas ini membolehkan anda mengecas telefon kepada 100% dalam masa 19 minit sahaja.

240105 Redmi Note 13 Pro+ 5G India

Kalau anda pengguna Redmi Note 12 Pro+, adakah berbaloi untuk menukar kepada Redmi Note 13 Pro+ 5G dengan peningkatan yang ditawarkan adalah pada cipset serta penarafan IP68? Mungkin berbaloi jika anda mempunyai bajet lebih untuk mendapat telefon pintar baharu.

Walau bagaimanapun, buat masa ini tidak pasti sama ada varian yang sama akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dijadualkan pada 15 Januari 2024 nanti atau tidak. Untuk maklumat lanjut, kenalah tunggu pelancarannya yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.

[Sumber: Xiaomi India]

Bacaan berkaitan:

  • Redmi Note pertama dengan IP68 akan dilancar di Malaysia 15 Januari 2024
  • Redmi Note 13 Pro 5G: Tampil dengan kamera 200MP & pertama dengan Snapdragon 7s Gen 2
  • Redmi Note 13 5G: Kamera utama dipertingkat & MediaTek Dimensity 6080
Tags: Redmiredmi note 13redmi note 13 proredmi note 13 pro+xiaomi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240105 Redmi Note 13 Pro+ 5G India

Redmi Note 13 Pro+ 5G: Pertama dengan IP68, kekal dengan kamera 200MP

5 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER