• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 13 Pro 5G: Tampil dengan kamera 200MP & pertama dengan Snapdragon 7s Gen 2

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:19 pm
  • 05/01/2024
  • Komen
240105 Redmi Note 13 India
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Redmi Note 13 telah dilancarkan Xiaomi untuk pasaran India selepas tiga bulan diperkenalkan di China. Tiga model yang telah diumumkan iaitu: 

  1. Redmi Note 13 5G
  2. Redmi Note 13 Pro 5G
  3. Redmi Note 13 Pro+ 5G

Harga siri Redmi Note 13 di India

Di India, siri Redmi Note 13 dijual pada harga berikut:



Redmi Note 13 5G

  • RAM 6GB + storan 128GB – INR16,999 (~RM949)
  • RAM 8GB + storan 256GB – INR18,999 (~RM1060)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR20,999 (~RM1172)

Redmi Note 13 Pro 5G



  • RAM 8GB + storan 128GB – INR23,999 (~RM1339)
  • RAM 8GB + storan 256GB – INR25,999 (~RM1451)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR27,999 (~RM1562)
240105 Redmi Note 13 India

Redmi Note 13 Pro+ 5G

  • RAM 8GB + storan 256GB – INR29,999 (~RM1674)
  • RAM 12GB + storan 256GB – INR31,999 (~RM1785)
  • RAM 12GB + storan 512GB – INR33,999 (~RM1897)

Spesifikasi Redmi Note 13 Pro 5G

Redmi Note 13 Pro, saiz paparannya adalah seperti Redmi Note 13. Ia menggunakan skrin AMOLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula setinggi 120Hz. Cuma beza, skrin Redmi Note 13 Pro ada resolusi yang lebih tinggi serta dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus. Kadar kecerahannya pun lebih tinggi pada 1,800 nits.

240105 Redmi Note 13 India

Berbanding Redmi Note 12 Pro 5G yang diperkasa MediaTek Dimensity 1080, Redmi Note 13 Pro 5G kali ini merupakan telefon pertama dunia yang menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 4nm. Ia disokong RAM sehingga 12GB dengan storan dalaman sehingga 256GB. Redmi Note Pro 5G menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13 seperti model asas.

240105 Redmi Note 13 Pro 5G India
240105 Redmi Note 13 Pro 5G India

Untuk bahagian kamera, Redmi Note 13 Pro 5G dilengkapi tiga kamera belakang. Kamera utamanya 200MP f/1.65 dengan sensor ISOCELL HP3 dan penstabilan imej optikal (OIS) serta teknologi 4x zoom digital. Kamera kedua adalah kamera ultra lebar 8MP f/2.2 dan kamera makro 2MP sebagai kamera ketiga. Manakala untuk swafoto dan panggilan video, dipasang kamera hadapan 16MP f/2.45.

Sebagai perbezaan, Redmi Note 12 Pro 5G dipasangkan tiga kamera belakang 50MP Sony IMX766, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Manakala kamera hadapan pula 16MP.

Kapasiti bateri untuk Redmi Note 13 Pro adalah sama seperti Redmi Note 12 Pro. Ia menawarkan bateri 5,100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 67W.

240105 Redmi Note 13 Pro 5G India
240105 Redmi Note 13 Pro 5G India

Ciri menarik pada telefon Redmi Note 13 Pro adalah seperti sistem audio stereo berteknologi Dolby Atmos, jek audio 3.5mm, pengimbas capjari dalam paparan dan AI Face Unlock.

Jika anda pengguna Redmi Note 12 Pro 5G dan sedang berkira-kira untuk menukar kepada Redmi Note 13 Pro 5G, ia boleh menjadi pilihan yang berbaloi. Ini memandangkan versi baharu itu bukan yang sahaja merupakan telefon pertama dijana cipset Snapdragon 7s Gen 2, malah ia mempunyai kamera 200MP cukup besar untuk memberikan hasil gambar yang menarik.

Namun buat masa ini tidak pasti sama ada varian yang sama akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia yang dijadualkan pada 15 Januari 2024 nanti atau tidak. Untuk maklumat lanjut, kenalah tunggu pelancarannya yang akan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi.

[Sumber: Xiaomi India]

Bacaan berkaitan:

  • Redmi Note pertama dengan IP68 akan dilancar di Malaysia 15 Januari 2024
  • Redmi Note 13 Pro+ 5G: Pertama dengan IP68, kekal dengan kamera 200MP
  • Redmi Note 13 5G: Kamera utama dipertingkat & MediaTek Dimensity 6080
Tags: Redmiredmi note 13redmi note 13 proredmi note 13 pro+xiaomi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240105 Redmi Note 13 India

Redmi Note 13 Pro 5G: Tampil dengan kamera 200MP & pertama dengan Snapdragon 7s Gen 2

5 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER