• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dell perkenal laptop siri XPS baharu, ada pemproses Intel Core Ultra

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:15 am
  • 06/01/2024
  • Komen
240106 Dell XPS
Share on FacebookShare on Twitter

Menjelang Pameran Elektronik Pengguna (CES) minggu hadapan, beberapa jenama telah mengumumkan produk terbaharu keluaran mereka. Dell juga tidak ketinggalan untuk melancarkan laptop siri XPS dengan saiz skrin baharu, reka bentuk dan perkakasan terkini.

Siri laptop Dell XPS baharu datang dalam tiga pilihan saiz skrin iaitu XPS 13, XPS 14 dan XPS 16. Varian 14-inci dan 16-inci adalah model baharu, manakala XPS 13 adalah varian yang dikemas kini.



240106 Dell XPS

Ketiga-tiga varian itu datang dalam pilihan paparan sentuh OLED dan bukan sentuh. Barisan XPS baharu itu juga dilengkapi Intel generasi ke-14 Meteor Lake yang turut menampilkan ciri AI pada peranti dan didayakan AI.

Laptop Dell XPS 16”

Laptop XPS 16, dilengkapi paparan FHD+ 16.3-inci InfinityEdge dengan kecerahan puncak 500 nits atau 4K+ (3840 x 2400) OLED InfinityEdge dengan kecerahan puncak 400 nits. 



240106 Dell XPS

Laptop ini menyokong CPU sehingga Intel Core Ultra 9 185H, dengan RAM sehingga 64GB LPDDR5x 7467 MT/s. Bagi aspek grafik pula, XPS 16 menyokong sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 dengan 8GB GDDR6.

Laptop bersaiz 16-inci yang mempunyai kamera web 1080p dan speaker berteknologi Dolby Atmos itu mendapat kuasanya daripada bateri 99.5WHr dengan sokongan penyesuai AC 130W.

Laptop Dell XPS 14”

XPS 14 didatangkan dalam pilihan paparan FHD+ 14.5-inci InfinityEdge dengan kecerahan puncak 500 nits atau 3.2k (3200 x 2000) OLED InfinityEdge dengan kecerahan puncak 400 nits.

240106 Dell XPS

Laptop ini menyokong CPU sehingga Intel Core Ultra 9 165H, dengan RAM sehingga 64GB LPDDR5x 7460 MT/s. XPS 14 menyokong sehingga NVIDIA GeForce RTX 4050 dengan 6GB GDDR6 untuk bahagian grafiknya.

XPS 14 dilengkapi kamera web kamera web 1080p dan speaker berteknologi Dolby Atmos. Laptop 14-inci itu dijana kuasa menerusi bateri 69.5Whr dengan sokongan penyesuai AC 60W.

Laptop Dell XPS 13”

Varian terakhir adalah XPS 13 yang dikemas kini. Ia hadir dalam tiga pilihan paparan iaitu FHD+ 13.4-inci InfinityEdge dengan kecerahan puncak 500 nits, QHD+ InfinityEdge dengan kecerahan puncak 500 nits atau 3k (2889 x 1800) OLED InfinityEdge dengan kecerahan puncak 400 nits.

240106 Dell XPS

Laptop ini menyokong CPU sehingga Intel Core Ultra 7 165H, dengan RAM sehingga 64GB LPDDR5x 7467 MT/s dengan grafik Intel ARC.

Laptop 13-inci itu mempunyai kamera web 1080p serta dilengkapi speaker dengan teknologi Dolby Atmos. XPS 13 dijana kuasa bateri 55Whr.

Harga siri Dell XPS

Berikut merupakan senarai harga untuk siri Dell XPS:

  • XPS 13 – bermula USD1,299 (~RM6046)
  • XPS 14 – bermula USD1,699 (~RM7908)
  • XPS 16 – bermula USD1,899 (~RM8839)

Varian XPS baharu itu akan ditawarkan dalam pilihan warna Platinum dan Grafit. 

Buat masa ini, belum dapat dipastikan dengan tepat bila laptop keluaran Dell itu akan mula dijual dipasaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri XPS, anda boleh layari laman web rasmi Dell.

[Sumber: Dell]

Bacaan berkaitan:

  • 5 Terbaik: Laptop bajet RM5,000 untuk produktiviti tertinggi (Disember 2023)
  • Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070
  • 5 laptop terbaik bawah RM2,000 untuk pelajar (Oktober 2023)
Tags: Dell XPSXPS 13XPS 14XPS 16
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240106 Dell XPS

Dell perkenal laptop siri XPS baharu, ada pemproses Intel Core Ultra

6 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER