• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jom saksikan Harimau Malaya beraksi di Piala Asia 2023 melalui skrin besar

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:47 pm
  • 08/01/2024
  • Komen
240108-Piala-Asia-Tayangan-Skrin-Harimau-Malaya
Share on FacebookShare on Twitter

Jika sebelum ini peminat pasukan Harimau Malaya diberikan perkhabaran gembira apabila diumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi penyiar rasmi bagi perlawanan Piala Asia yang akan bermula 12 Januari depan, kini ada lagi satu berita gembira.

Menerusi hantaran di X Jabatan Belia dan Sukan Negara, akan diadakan tayangan skrin besar untuk ketiga-tiga perlawanan melibatkan pasukan Malaysia di semua negeri.



Pengumuman Penambahan dan Pertukaran Lokasi Tayangan Skrin Besar Piala Asia 2023! 🔥⚡️📣

Demi keselesaan dan menyemarakkan lagi sokongan buat Harimau Malaya, kini TAYANGAN SKRIN BESAR akan diadakan di seluruh negara bagi semua perlawanan melibatkan pasukan Malaysia! 🏆⚽️ pic.twitter.com/KXMvZYGXlK

— JBSNegara (@JBS_Negara) January 6, 2024

Lokasi tayangan skrin besar

Berdasarkan jadual perlawanan, anda boleh menyaksikan pasukan Harimau Malaya beraksi secara langsung melalui saluran TV Astro Arena, TV Okay dan RTM Sukan.

240108-Piala-Asia-Tayangan-Skrin-Harimau-Malaya
Sumber X FA Malaysia

Jika anda mahukan lebih kemeriahan, berikut merupakan lokasi tayangan skrin besar perlawanan Piala Asia mengikut negeri:



Wilayah Persekutuan

  • Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
  • Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  • Dataran Perbadanan Labuan

Selangor

  • Laman MBPJ, Petaling Jaya

Perlis

  • Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar,

Kedah

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar

Pulau Pinang

  • Padang Kota, George Town

Perak

  • Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Jaya, Perak

Negeri Sembilan

  • Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi

Melaka

  • Dataran Pahlawan Bandar Hilir

Johor

  • Kawasan Rekreasi Kampung Dato’ Onn, Jalan Cenderawasih, Larkin Jaya, Johor Bahru

Kelantan

  • Dataran Mara, Kota Bharu

Terengganu

  • Aras Bawah, Kompleks Paya Bunga Sentral, Kuala Terengganu

Pahang

  • Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1

Sarawak

  • Kuching Amphitheatre

Sabah

  • Padang Merdeka, Kota Kinabalu

Selain menerusi skrin besar atau TV Astro Arena, TV Okay dan RTM Sukan, anda juga boleh menyaksikan perlawanan Piala Asia melalui saluran berikut:

  • Website RTM Klik (https://rtmklik.rtm.gov.my/)
  • Aplikasi RTM Klik (Apple App Store, Google Play Store, Huawei)
  • RTM Sukan (https://www.tvmalaysia.net/2022/04/sukan-rtm.html) 
  • Dekoder MYTV
  • Aplikasi MYTV Mana-mana (Apple App Store, Google Play Store)
  • Website MYTV Mana-mana (https://www.mana2.my/live-tv)

Ikut jadual, perlawanan pertama pasukan Harimau Malaya adalah pada hari Selasa, pukul 1.30 pagi. Harap-harapnya pada yang menonton perlawanan tu, jangan pulak jadikan ia alasan untuk lambat masuk kerja ya?

[Sumber: JBS] 

Bacaan berkaitan:

  • RTM siar Piala Asia Qatar 2023, ini jadual perlawanan Harimau Malaya
Tags: astrobola sepakHarimau MalayamalaysiaPiala AsiaPiala Asia QatarRTMRTM Klik
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240108-Piala-Asia-Tayangan-Skrin-Harimau-Malaya

Jom saksikan Harimau Malaya beraksi di Piala Asia 2023 melalui skrin besar

8 January 2024
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN