• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesawat Boeing 737 Max 9 dilarang terbang di Amerika, apa kesannya di Malaysia?

  • OLEH Najib
  • 1:52 pm
  • 08/01/2024
  • Komen
Pesawat Boeing 737 Max 9 dilarang terbang di Amerika, apa kesannya di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dunia dikejutkan dengan kemalangan pesawat di Jepun, tidak lama selepas itu datang pula satu lagi insiden besar berkaitan pesawat. Kali ini terjadi kepada penerbangan Alaska Airlines, melibatkan pesawat Boeing 737 Max 9.

Pada hari Jumaat, 5 Januari 2024, penerbangan Alaska Airlines 1282 jenis Boeing 737 Max 9 yang baru berlepas dari Portland, Oregon menuju ke Ontario, California, dilaporkan berlubang besar di badan pesawat sejurus berlepas dari landasan. Ia kemudiannya membuat pendaratan kecemasan di Portland, Oregon dengan selamat tanpa sebarang kemalangan jiwa.



Bagaimana dinding pesawat tercabut?

Siasatan tentang punca kemalangan masih berjalan. Antara yang telah dikenal pasti adalah, bahagian pesawat yang tercabut sebenarnya adalah ruang untuk pemasangan pintu kecemasan. Tetapi ia tidak digunakan pada pesawat ini, sebaliknya diganti dengan dinding sahaja. Tetapi dalam kejadian ini, panel ini telah tercabut sepenuhnya tanpa menjejaskan badan pesawat yang lain.

Alaska Airlines Boeing 737MAX9 (N704AL, built 2023) safely returned to land at Portland-Intl AP (KPDX), OR following an inflight separation of the left-hand emergency exit door during climb-out. All 180 aboard flight #AS1282 to Ontario, CA remained unhurt.… pic.twitter.com/Z3mMP9rs1Y

— JACDEC (@JacdecNew) January 6, 2024

Akibat kemalangan ini, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat telah melarang semua pesawat Boeing 737 Max 9 daripada berlepas dan terbang di Amerika Syarikat. FAA telah mengeluarkan arahan sementara berkenaan larangan tersebut dan meminta semua syarikat penerbangan memeriksa pesawat mereka sebelum terbang semula. Arahan ini memberi kesan kepada 171 pesawat di seluruh dunia.



The FAA is requiring immediate inspections of certain Boeing 737 MAX 9 planes before they can return to flight.

Safety will continue to drive our decision-making as we assist the @NTSB’s investigation into Alaska Airlines Flight 1282. – @FAA_Mike pic.twitter.com/YsuQimg2pq

— The FAA ✈️ (@FAANews) January 6, 2024

Selain Alaska Airlines, syarikat penerbangan lain yang memiliki pesawat Boeing 737 Max 9 dan terkesan dengan arahan FAA adalah seperti United Airlines dan Turki Airlines.

Adakah Malaysia terkesan?

Meskipun larangan ini dikeluarkan pihak berkuasa Amerika Syarikat, perkara ini tidak memberi kesan kepada syarikat penerbangan di Malaysia kerana tiada pesawat Boeing 737 Max 9 digunakan di sini. Walaubagaimanapun, Malaysia Airlines dan Batik Air ada menggunakan pesawat yang hampir serupa iaitu Boeing 737 Max 8 atau dikenali juga sebagai Boeing 737-8.

Pesawat Boeing 737 Max 8 juga boleh dikatakan tidak berhadapan masalah yang serupa kerana badan pesawatnya lebih pendek berbanding Boeing 737 Max 9, dan ia tidak memerlukan pintu kecemasan tambahan. Malah, sehingga hari ini tiada pesawat Boeing 737 Max 9 digunakan dalam penerbangan dari atau ke Malaysia.

Arahan terbaru CAAM ada kaitan?

Baru-baru ini, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengeluarkan arahan keselamatan kepada syarikat penerbangan yang menggunakan pesawat Boeing 737-8 berkenaan “Kemungkinan pengikat longgar atau hilang pada sistem kawalan kemudi Boeing 737-8 (MAX)”. Ia berikutan arahan daripada FAA Amerika Syarikat berkaitan pesawat yang sama, selepas ada laporan penemuan kehilangan nat pada sistem kawalan kemudi di syarikat penerbangan yang tidak dinamakan.

Syarikat penerbangan diberi tempoh sehingga 10 Januari 2024 untuk membuat pemeriksaan keselamatan pada pesawat mereka. Penemuan kehilangan nat pada pesawat sebelum ini ditemui semasa rutin penyelenggaraan dibuat. Tiada sebarang kemalangan dikaitkan dengan isu ini dan semua pihak berkuasa penerbangan di seluruh dunia masih memantau perkara ini.

Boeing 737 adalah badan pesawat paling popular digunakan di seluruh dunia, dengan lebih 11,000 badan telah dihasilkan sejak model pertama diperkenal pada tahun 1967. Boeing 737 Max 9 adalah model generasi keempat, dengan unit pertama digunakan oleh Lion Air Thai pada tahun 2019. Ahli keluarga Max telah menerima 5,000 unit tempahan, dengan lebih 1,300 tempah telah pun siap dihantar.

[Sumber: NYTimes, NST]

Bacaan Berkaitan

  • Boeing 737-8 pertama MAS tiba di Malaysia, siap ada WiFi berkelajuan tinggi
  • Pesawat Boeing 737 Max dibenarkan terbang selepas 2 tahun diharamkan
  • Tidak perlu lagi matikan telefon waktu berlepas dan mendarat dengan Malaysia Airlines
Tags: Alaska AirlinesBoeingBoeing 737Boeing 737 Max 9caamFAA
Najib

Najib

POPULAR

Pesawat Boeing 737 Max 9 dilarang terbang di Amerika, apa kesannya di Malaysia?

Pesawat Boeing 737 Max 9 dilarang terbang di Amerika, apa kesannya di Malaysia?

8 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER