Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pesawat Boeing 737 Max dibenarkan terbang selepas 2 tahun diharamkan

Pada tahun 2019, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah meluluskan arahan untuk melarang semua pesawat Boeing 737 Max dari terbang di ruang udara Amerika Syarikat (AS). Sebelum itu, banyak negara lain termasuk Malaysia, telah mengharamkan pesawat berkenaan dari memasuki negara akibat dua tragedi yang melibatkan Boeing 737 Max. Pertama ialah kemalangan pesawat Lion Air 610 dan kedua, Ethiopian Airlines 302. Kedua-dua kemalangan ini membunuh semua penumpang dan anak kapal, seramai 346 orang.

Tetapi baru-baru ini, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), badan yang menetapkan undang-undang penerbangan AS, kini membenarkan semula pesawat Boeing 737 Max untuk terbang di AS. Kebenaran ini diberikan selepas FAA berpuas hati dengan penambahbaikan yang telah dilakukan Boeing terhadap pesawwat 737 Max.

Satu isu yang dibangkitkan berkenaan kemalangna 737 Max adalah berkenaan perisian “Sistem Penambahan Ciri-Ciri Manuver“, dikenali sebagai MCAS. Ia adalah sistem baru yang dipasang Boeing ke dalam 737 Max, untuk membantu muncung pesawat berada di sudut yang sesuai semasa berlepas.

Bagaimanapun, Boeing dikatakan tidak menyediakan penerangan MCAS yang jelas di dalam manual latihan, kerana prosesnya yang agak panjang dan kos melatih semula yang tinggi. Seperkara lagi, MCAS hanya mengambil data dari satu sensor sahaja, menjadikan ia lebih mudah mendapat data yang salah jika sensor tersebut rosak.

Pegawai Pentadbir FAA, Steve Dickson yang meluluskan kebenaran ini berkata, Boeing telah memasang perisian baru, mengemaskini manual serta meningkatkan latihan, di samping menyediakan langkah baru menyelenggara pesawat. Beliau telah terbang sendiri selama 2 jam di dalma pesawat tersebut untuk memastikan semua perubahan tersebut memenuhi semua peraturan dan yakin ia selamat untuk terbang.

BACA  Belanjawan 2021: Pengeluaran Akaun 1 KWSP dibenarkan sehingga RM6,000

Tetapi kini bukanlah masa yang tepat untuk 737 Max kembali ke udara kerana wabak COVID-19 telah merencatkan sektor penerbangan di seluruh dunia. Semua syarikat penerbangan mencatat kerugian tahun ini setelah banyak sempadan negara ditutup untuk menghalang COVID-19 dari merebak.

Boeing sendiri terpaksa membuang 19,000 pekerja awal tahun ini, diikuti lagi 7,000 pekerja pada bulan Oktober. Bagaimanapun, mereka boleh kembali menghasilkan pesawat 737 Max dan menghantar tempahan yang sekian lama tertangguh.

Kebenaran ini hanyalah diberikan di AS. Malaysia masih belum menarik semula larangan terhadap Boeing 737 Max, jadi kita tidak akan melihatnya di ruang udara Malaysia dalam masa terdekat.

[Sumber: The Verge]