• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NVIDIA RTX 40 Super masuki Malaysia, harga bermula RM3,240

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:49 pm
  • 09/01/2024
  • Komen
NVIDIA RTX 40 Super masuki Malaysia, harga bermula RM3,240
Share on FacebookShare on Twitter

NVIDIA memeriahkan CES 2024 dengan pengumuman kad grafik baharu dalam RTX 40 Super. 3 varian yang diumumkan ialah:

  • RTX 4080 Super
  • RTX 4070 Ti Super
  • RTX 4070 Super

Pengeluar-pengeluar kad grafik seperti Asus, Colorful, Gainward, Galax, Gigabyte, Inno3D, KFA2, MSI, Palit, PNY, and Zotac sudahpun menyatakan akan mengeluarkan produk-produk berasaskan siri RTX 40 Super dalam masa terdekat.



Harga siri RTX 40 Super di Malaysia

Harga jualan siri RTX 40 Super dalam pasaran A.S adalah seperti berikut:

  • GeForce RTX 4080 Super – USD999 (~RM4,650)
  • GeForce RTX 4070 Ti Super – USD799 (~RM3,719)
  • GeForce RTX 4070 Super – USD599 (~RM2,788)

Sejurus diumumkan, maklumat harga rasmi untuk pasaran Malaysia juga ada dan senarainya adalah seperti berikut:



  • GeForce RTX 4080 Super – RM5,400
  • GeForce RTX 4070 Ti Super – RM4,320
  • GeForce RTX 4070 Super – RM3,240

Boleh anda lihat yang harganya adalah lebih tinggi dalam julat antara RM452 hingga RM750 bergantung kepada varian.

RTX 4070 Super boleh mula didapati dalam pasaran Malaysia pada 17 Januari 2024 manakala RTX 4070 Ti akan mula dijual 24 Januari 2024. Varian terakhir, yang paling tinggi katanya boleh mula didapati dalam pasaran sebelum Januari 2024 tamat.

RTX 4080 Super untuk gamers 4K

Siri RTX 40 Supers ini adalah umpan Nvidia untuk memancing pengguna RTX 20 dan 30 untuk memperbaharukan kad grafik masing-masing. Mereka banyak berkongsikan perbezaan prestasi antara kad baharu ini dengan dua generasi yang lalu.

NVIDIA mendakwa yang RTX 4080 Super adalah 1.4 lebih pantas berbanding RTX 3080 Ti tanpa ciri DLSS Frame Generation terpasang. Apabila ciri itu diaktifkan, pengguna boleh melihat pertambahan prestasi sehingga 2.0 kali ganda.

RTX 4080 Supers juga dikatakan 70% lebih pantas daripada RTX 3080 Ti apabila menjalankan aplikasi 3D seperti Belnder.

RTX 4070 Ti Super dan RTX 4070 Super untuk gamers 1440p

Situasi yang sama juga boleh dilihat antara RTX 4070 Ti dengan RTX 3070 Ti. Berdasarkan data yang dikongsikan pihak NVIDIA, didapati yang perbezaan prestasi sehingga 1.6 kali boleh dilihat dan angka tersebut boleh naik sehingga 2.5 kali apabila DLSS 3 dihidupkan.

Khas untuk RTX 4070 Super pula, NVIDIA menggelarknya sebagai “super naik taraf” sekiranya pengguna menaik taraf daripada RTX 3070 dan RTX 2070. Dikongsikan yang RTX 4070 mampu memberikan prestasi lebih 100 fps pada resolusi 1440p dalam banyak permainan arus perdana di luar sana yang selama tidak tidak mampu dicapai.

RTX 4070 Super juga dikatakan memberikan prestasi per watt yang lebih tinggi. Selain itu, apabila DLSS 3 dihidupkan RTX 4070 Super memberikan 1.5 kali lebih prestasi berbanding RTX 3090 dan ia sesuatu yang menarik disebabkan RTX 3090 adalah kad grafik kedua paling berkuasa dalam keluarganya.

Sumber: NVIDIA, SoyaCincau

Tags: Nvidianvidia geforcenvidia geforce rtx 40 supernvidia geforce rtx 4070 supernvidia geforce rtx 4070 Ti super
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
NVIDIA RTX 40 Super masuki Malaysia, harga bermula RM3,240

NVIDIA RTX 40 Super masuki Malaysia, harga bermula RM3,240

9 January 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER