• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Huawei MatePad Pro 13.2” dari RM4,599, ringan & ada M-Pencil gen-3

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:21 am
  • 10/01/2024
  • Komen
240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah melancarkan secara rasmi Huawei MatePad Pro 13.2” untuk pasaran tempatan, di samping fon putik Huawei FreeClip dan laptop Huawei MateBook D 16 (2024). 

Kehadiran tablet keluaran Huawei itu pastinya akan memberikan saingan kepada tablet terhebat masa kini seperti Samsung Galaxy Tab S9 Ultra dan iPad Pro M2 keluaran Apple.



Harga dan ketersediaan

Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan tablet MatePad Pro 13.2-inci itu dengan membuat tempahan dari Huawei Experience Stores, secara atas talian melalui Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee. Harga rasminya di Malaysia adalah:

  • Huawei MatePad Pro 13.2-inci (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,599
  • Huawei MatePad Pro 13.2-inci (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM4,999

Untuk Huawei MatePad Pro 13.2-inci storan 256GB didatangkan dalam pilihan warna hitam, manakala untuk storan 512GB berwarna hijau.



240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci

Kedua-dua varian hanya menawarkan sambungan Bluetooth 5.2 serta WiFi 5 sahaja tanpa LTE atau 5G.

Setiap tempahan yang dibuat bermula 9 hingga 25 Januari 2024 akan mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM3,145, seperti:

  • Papan kekunci magnet pintar Huawei
  • M-Pencil dengan sokongan Nearlink Huawei
  • Fon putik FreeBuds Pro2
  • Sound Joy Huawei
  • Tetikus Bluetooth Huawei

Spesifikasi Huawei MatePad Pro 13.2-inci

Tablet terbaru Huawei datang dengan skrin besar 13.2-inci dalam nisbah 3:2. Ia menggunakan paparan Flexible OLED dengan resolusi tinggi 2.8K (2880×1920), kadar penyegaran 144Hz dan kecerahan setinggi 1,000nits. 

Kuasa penggerak pula menggunakan cip Kirin 9000s 7nm, dihasilkan khas oleh Huawei sendiri. Sistem operasi pula menggunakan HarmonyOS 4. 

240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci
240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci

Bingkai tepi skrin tablet itu nipis, sekitar 3.4mm tetapi terdapat takuk besar di atas yang memuatkan kamera hadapan 16MP dan kamera pengesan kedalaman. Tablet itu juga dilengkapi dua kamera belakang, iaitu kamera utama 13MP F1.8 dengan autofokus, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.2 serta LED Flash.

Tablet besar keluaran Huawei itu menawarkan kapasiti bateri 10,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 88W (20V/4.4A) serta mampu mengecas dari 0-100% dalam 65 minit. MatePad Pro 13.2-inci menawarkan USB-C jenis USB 3.1 gen 1, bersama kabel USB 2.0 serta kepala pengecas 88W. Kabel USB 3 dijual berasingan.

240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci
240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci

Tablet dengan ketebalan hanya 5.5mm dengan berat 580 gram itu menyokong pen terbaru Huawei M-Pencil gen-3 dengan teknologi NearLink untuk sambungan tanpa wayar, yang dapat meningkatkan signal, mengurangkan kependaman serta menapis gangguan.

Selain sarung papan kekunci magnetik bersaiz penuh, MatePad Pro 13.2-inci turut dilengkapi trackpad yang besar untuk pengalaman seakan menggunakan laptop. 

240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci
240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci

Sistem audionya pula, terdapat enam pembesar suara dipasang pada tablet bersama 4 mikrofon untuk menangkap suara bagi kegunaan persidangan video. 

Berminat untuk memiliki Huawei MatePad Pro 13.2-inci? Anda boleh menempahnya bermula harga RM4,599 di Huawei Experience Stores, Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee serta kedai Urban Republic (UR).

Untuk mendapatkan sebarang info terkini, layari laman web rasmi Huawei, laman sosial Facebook atau Instagram Huawei.

Bacaan berkaitan:

  • Huawei MateBook D 16 dijual bermula RM2,899, ada pilihan Intel Core i9
  • Huawei FreeClip tampil dengan rekaan unik, harga RM899
  • Huawei Watch GT 4 dalam pilihan warna emas, boleh guna Touch’n Go eWallet
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MatePad Pro 13.2-inciMatePad Pro 13.2”
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240109 Huawei MatePad Pro 13.2-inci

Harga Huawei MatePad Pro 13.2” dari RM4,599, ringan & ada M-Pencil gen-3

10 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER