• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei FreeClip tampil dengan rekaan unik, harga RM899

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:20 am
  • 10/01/2024
  • Komen
240109 Huawei FreeClip
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah melancarkan secara rasmi fon putik terbaharu mereka, Huawei FreeClip, di samping laptop Huawei MateBook D 16 (2024) dan tablet Huawei MatePad Pro 13.2″. 

Keunikan FreeClip keluaran Huawei kerana ia tidak menggunakan reka bentuk fon putik  konvensional biasa, di mana fon putik akan dimasukkan telinga. Sebaliknya FreeClip yang diberikan sentuhan rekaan jambatan-C hanya perlu ‘diklip’ pada cuping telinga sahaja.



Walaupun pelik, fon putik TWS terbuka Huawei yang diperkenal sebagai produk fesyen oleh Huawei itu menawarkan pelbagai teknologi baharu untuk pengguna.

Harga dan ketersediaan

Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan fon putik FreeClip yang ditawarkan dalam dua pilihan warna hitam dan ungu melalui Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee. Harga rasminya di Malaysia adalah:



  • Huawei FreeClip – RM899

Bagi setiap pembelian fon putik keluar Huawei bermula 9 Januari hingga 9 Februari 2024 akan mendapat hadiah percuma bernilai RM367, seperti:

  • Huawei Band 8
  • Pakej Sunshine Outdoor 
  • 1- tahun lanjutan waranti
240109 Huawei FreeClip

Spesifikasi Huawei FreeClip

Ada tiga bahagian utama yang membentuk fon putik FreeClip iaitu Comfort Bean, Acoustic Ball, dan rekaan Jambatan-C. Comfort Bean berbentuk seperti kekacang, menjadi penstabil dan memberi sokongan agar pengguna berasa selesa memakainya. Acoustic Ball adalah tempat bunyi dikeluarkan dan Jambatan-C menjadi penghubung antara Comfort Bean dan Acoustic Ball.

240109 Huawei FreeClip

Rekaan itu memberi pengalaman bunyi terbuka di telinga, sekaligus menghilangkan rasa tertekan kerana telinga tertutup. Walaupun sistem bunyi terbuka, FreeClip menyingkir bunyi yang didengari pengguna daripada didengar individu lain, menerusi sistem getaran bunyi terbalik. Konsep yang terbalik dari penyaring hingar aktif (ANC). Tetapi dengan sistem terbuka ini, ia tidak boleh dilengkapi ANC.

Dengan berat hanya 5.6 gram, FreeClip tidak akan membebankan telinga pengguna. Lebih menarik, rekaan ini tiada putik kiri dan kanan khusus. Ini adalah pertama seumpamanya dalam rekaan putik yang boleh dipakai di mana-mana bahagian, dan akan mengesan secara automatik kiri dan kanan telinga pengguna.

Hayat bateri juga sangat panjang, ditambah ketiadaan ANC. Di putik sahaja, ia boleh memainkan lagu berterusan sehingga 8 jam. Bersama bekas pengecas, ia memberi khidmat sehingga 36 jam. Mengecas selama 10 minit pula memberi masa penggunaan sehingga 3 jam. Bekas pengecas ini menyokong pengecasan berwayar menerusi USB-C, atau pengecas wayarles.

Bagi kawalan di putik, ia boleh dibuat secara sentuhan. Tetapan untuk kawalan di putik boleh dibuat dan diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian pengguna.

Huawei FreeClip boleh disambung secara Bluetooth dengan pelbagai peranti termasuk Android, iOS dan Windows, malah fon putik itu menyokong sambungan berbilang peranti. Pengguna boleh mendengar serentak dari telefon dan laptop, jika kedua-duanya bersambung ke FreeClip.

Berminat untuk memiliki Huawei FreeClip ini? Anda boleh mendapatkannya pada harga RM899 di Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee serta kedai Urban Republic (UR).

Untuk mendapatkan sebarang info terkini, layari laman web rasmi Huawei, laman sosial Facebook atau Instagram Huawei.

Anda juga boleh menonton reviu kami tentang Huawei FreeClip menerusi video di bawah:

Bacaan berkaitan:

  • Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna
  • Harga Huawei MatePad Pro 13.2” dari RM4,599, ringan & ada M-Pencil gen-3
  • Huawei MateBook D 16 dijual bermula RM2,899, ada pilihan Intel Core i9
Tags: FreeClipHuaweiHuawei Malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
240109 Huawei FreeClip

Huawei FreeClip tampil dengan rekaan unik, harga RM899

10 January 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER