• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MateBook D 16 dijual bermula RM2,899, ada pilihan Intel Core i9

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 10:20 am
  • 10/01/2024
  • Komen
240109 Huawei MateBook D 16

Huawei MateBook D 16

Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah melancarkan secara rasmi laptop yang diperbaharui kuasa dalamannya, Huawei MateBook D 16 (2024), di samping fon putik Huawei FreeClip dan tablet Huawei MatePad Pro 13.2″. Laptop itu mengekalkan reka bentuk laptop “D” dengan skrin yang lebih besar.

Harga dan ketersediaan

Pengguna di Malaysia boleh mendapatkan laptop MateBook D 16 dengan membuat tempahan awal dari Huawei Experience Stores. Tempahan juga boleh dibuat atas talian melalui Stor Online Huawei serta Lazada dan Shopee. Harga rasminya di Malaysia adalah:



240109 Huawei MateBook D 16
240109 Huawei MateBook D 16
  • Huawei MateBook D 16 12th Gen Intel Core i5 Processor (8GB+512GB) – RM2,899
  • Huawei MateBook D 16 12th Gen Intel Core i5 Processor (16GB+512GB) – RM3,199
  • Huawei MateBook D 16 13th Gen Intel Core i5 Processor (16GB+1TB) – RM3,699
  • Huawei MateBook D 16 13th Gen Intel Core i9 Processor (16GB+1TB) – RM5,299

Tempahan awal yang dibuat untuk varian laptop Huawei MateBook D 16 Intel Core i5 Processor bermula 9 hingga 18 Januari 2024 dan Huawei MateBook D 16 Intel Core i9 Processor dari 9 Januari hingga 2 Februari 2024, akan menerima hadiah percuma bernilai RM2,144, seperti:

240109 Huawei MateBook D 16
  • Langganan Microsoft 365
  • Beg galas Huawei
  • Tetikus Huawei
  • Pencetak 3 dalam 1 atau Huawei Eyewear (hanya pembelian melalui kedai Online dan stor flagship)
  • Speaker Huawei Sound Joy
  • 1- tahun lanjutan waranti

Hanya satu sahaja warna yang ditawarkan untuk MateBook D 16, iaitu warna perak.



Spesifikasi Huawei MateBook D 16

Skrin laptopnya berukuran 16-inci, jenis IPS LCD dalam nisbah 16:10. Resolusinya HD penuh dengan kadar kecerahan 300 nits. Bingkai juga agak kecil, nisbah skrin-ke-badan adalah setinggi 90%. Ia dipasang kamera web 720p HD di atas skrin untuk kegunaan persidangan video.

240109 Huawei MateBook D 16

Penggunaan pemproses terbaru Intel Core-i generasi ke-13 merupakan naik taraf terbesar pada MateBook D 16. Lebih menarik lagi, Huawei menawarkan varian dari i5 dan i9, bersama GPU berikut:

  • CPU Intel Core i9-13900H + GPU Intel Iris Xe
  • CPU Intel Core i5-13420H + GPU Intel UHD
  • CPU Intel Core i5-12450H + GPU Intel UHD

Perubahan lain pada laptop baharu keluaran Huawei adalah badan laptop tersebut menggunakan bahan lebih ringan dan beratnya hanya 1.68kg dan boleh dibuka rata 180 darjah.

240109 Huawei MateBook D 16
231222 Huawei MateBook D 16 Pre-Order

MateBook D 16 juga dilengkapi papan kekunci berlampu bersaiz penuh, bersama kekunci nombor di sisi. Terdapat juga butang pantas untuk mematikan kamera web, trackpad serta memulakan carian. Pengimbas capjari turut disertakan, ditanam di dalam butang kuasa.

Huawei MateBook D 16 juga dilengkapi sehingga 70Wj bateri, memberikan masa penggunaan yang lebih panjang. Ia boleh dicas melalui USB-C, dengan sokongan kuasa sehingga 65W. Ia menyokong WiFi 6 (802.11ax) serta Bluetooth 5.1. Sambungan berwayar juga mencukupi, dengan pilihan USB-C, USB A (3.2 gen-1 + USB 2.0), HDMI dan jek 3.5mm.

Berminat untuk memiliki Huawei MateBook D 16? Anda boleh menempahnya bermula harga RM2,899 di Stor Online Huawei, Lazada dan Shopee serta kedai Urban Republic (UR).

Untuk mendapatkan sebarang info terkini, layari laman web rasmi Huawei, laman sosial Facebook atau Instagram Huawei.

Bacaan berkaitan:

  • Harga Huawei MatePad Pro 13.2” dari RM4,599, ringan & ada M-Pencil gen-3
  • Huawei FreeClip tampil dengan rekaan unik, harga RM899
  • Huawei Watch GT 4 dalam pilihan warna emas, boleh guna Touch’n Go eWallet
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MateBook D 16MateBook D 16
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240109 Huawei MateBook D 16

Huawei MateBook D 16 dijual bermula RM2,899, ada pilihan Intel Core i9

10 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER