Huawei Malaysia telah memperkenalkan pilihan warna terbaharu untuk Huawei Watch GT 4 41cm dalam pilihan warna emas, di samping Huawei MateBook D 16 (2024), tablet Huawei MatePad Pro 13.2″ dan fon putik Huawei FreeClip.
Walau bagaimanapun, pilihan warna emas itu hanya ditawarkan untuk Huawei Watch GT 4 41cm sahaja dan ia dijual pada harga RM1,299.
Pun begitu, untuk pemilik sedia ada jam tangan Huawei Watch GT 4, anda kini bukan sahaja mempunyai pilihan untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi MCash, tetapi juga e-dompet Touch n’ Go. Watch GT 4 merupakan jam tangan pintar pertama yang menawarkan fungsi QR Pay e-dompet Touch n’ Go.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan jam tangan pintar keluaran Huawei dalam warna emas itu boleh membuat tempahan mulai 9 Januari hingga 1 Februari 2024 melalui Stor Online Huawei.
Setiap tempahan yang dibuat mulai 9 Januari hingga 1 Februari 2024 akan mendapat hadiah percuma bernilai RM516 seperti:
- Fon putik Huawei FreeBuds SE
- Tali jam Huawei EasyFit Fluoroelastomer
- 1- tahun lanjutan waranti
Pilihan tali jam dan harga
Sebelum ini, pilihan jenis tali yang ditawarkan untuk Huawei Watch GT 4 bagi model 46mm adalah tali besi kelabu, tali kain hijau, tali kulit coklat, tali getah hitam dan tali keluli tahan karat. Ia menggunakan tali standard yang mudah ditukar ganti.
Manakala bagi model 41mm pula adalah tali besi perak, tali besi emas, tali kulit putih, tali getah hitam dan tali keluli tahan karat.
Harga bagi siri Huawei Watch GT 4 adalah seperti berikut:
- Watch GT 4 46mm Black – RM1,099
- Watch GT 4 46mm Brown – RM1,199
- Watch GT 4 46mm Green – RM1,199
- Watch GT 4 46mm Grey – RM1,699
- Watch GT 4 46mm keluli tahan karat – RM1,699
- Watch GT 4 41mm Black – RM1,099
- Watch GT 4 41mm White – RM1,199
- Watch GT 4 41mm emas – RM1,299
- Watch GT 4 41mm Silver – RM1,699
- Watch GT 4 41mm keluli tahan karat – RM1,699
- Watch GT 4 41mm emas – RM1,299
Spesifikasi Huawei Watch GT 4
Bagi anda yang mungkin terlupa mengenai Huawei Watch GT 4, jom kita imbas kembali secara ringkas mengenai jam tangan itu.
Huawei Watch GT 4 46mm, merupakan jam yang direka dengan bentuk lapan segi atau oktagon yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Ia dilengkapi skrin AMOLED padanya berukuran 1.43-inci dengan resolusi 466×466, memberi kepadatan piksel 326.
Hayat bateri pula sehingga 14-hari mod jimat tenaga, atau sehingga 8-hari penggunaan biasa. Manakala dengan paparan sentiasa hidup (Always On Display), ia mampu bertahan sehingga 4 hari. Jam ini boleh dicas wayarles, secara Qi ataupun pengecas magnetik yang disertakan.
Untuk Huawei Watch GT4 41mm yang lebih kecil, ia memiliki badan bulat yang berbentuk seperti loket. Skrin AMOLED lebih kecil, hanya 1.32-inci tetapi resolusi serupa 466×466, memberikan kepadatan piksel lebih tinggi, 352 PPI.
Dengan badan kecil, hayat bateri juga lebih pendek iaitu separuh daripada 46mm. Ia mampu bertahan sehingga 7-hari maksima, 4-hari penggunaan biasa atau 2-hari dengan paparan sentiasa hidup. Cara mengecas serupa, iaitu wayarles atau magnetik.
Berminat untuk memiliki Huawei Watch GT 4 41cm warna emas terbaharu itu? Anda boleh menempahnya pada harga RM1,299 di Stor Online Huawei.
Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Watch GT 4. Untuk mendapatkan sebarang info terkini, layari laman web rasmi Huawei, laman sosial Facebook atau Instagram Huawei.
Anda juga boleh menonton reviu kami tentang Huawei Watch GT 4 46mm hijau menerusi video di bawah.
Bacaan berkaitan
- Huawei Watch GT 4 kini dengan tali keluli tahan karat, siap dapat fon putik & tali jam EasyFit Fluoroelastomer percuma
- Huawei Watch GT 4, jam pintar canggih tapi lebih bergaya dengan harga berbaloi, hayat bateri 14-hari
- Huawei Watch GT 4 tiba dalam 2 saiz, mahu jadi aksesori fesyen dengan rupa berbeza daripada biasa