• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digital Nasional Berhad & CyberSecurity Malaysia diletak bawah Kementerian Digital

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 6:34 pm
  • 11/01/2024
  • Komen
240111 Kementerian Digital DNB CSM
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam rombakan Jemaah Menteri bulan lalu, menyaksikan Kementerian Komunikasi dan Digital dibahagikan kepada dua, dengan Fahmi Fadzil menerajui Kementerian Komunikasi, manakala Kementerian Digital dipimpin oleh Gobind Singh Deo.

Menerusi satu sesi sidang akhbar yang diadakan oleh Kementerian Komunikasi, diumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan untuk meletakkan Digital Nasional Berhad (DNB) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) di bawah Kementerian Digital baharu.



Kedudukan Digital Nasional Berhad & CyberSecurity Malaysia

240111 Kementerian Digital DNB CSM

Kedudukan DNB hangat diperkatakan selepas kerajaan mengumumkan perpecahan Kementerian Komunikasi dan Digital. Fahmi berkata sebelum ini, satu-satunya perkara digital mengenai DNB ialah namanya memandangkan ia masih merupakan syarikat infrastruktur.

Digital Nasional Berhad adalah anak syarikat sepenuhnya milik Kementerian Kewangan yang berfungsi membangun dan menguruskan rangkaian borong tunggal (SWN) 5G Malaysia. 



Susulan rombakan yang dilakukan kabinet meletakkan DNB di bawah Kementerian Digital menimbulkan keresahan kerana syarikat itu pada asasnya adalah syarikat telekomunikasi yang dikawal selia di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). SKMM kini masih berada di bawah Kementerian Komunikasi yang diketuai Fahmi Fadzil ketika ini.

Menariknya, CyberSecurity Malaysia yang sebelum ini diperkatakan untuk dipindahkan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital ke Jabatan Perdana Menteri, kini diletakkan di bawah Kementerian Digital. 

CSM pada mulanya bermula sebagai MyCERT pada tahun 1997 sebagai unit di bawah MIMOS dan kemudian, ia telah dipisahkan sebagai entiti berasingan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada tahun 2005. Akhirnya, ia telah dinamakan semula sebagai CyberSecurity Malaysia pada tahun 2007 sebelum ia dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 2018.

240111 Kementerian Digital DNB CSM
Menteri Digital, Gobind Singh dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (Sumber: Anwar Ibrahim)

Pada masa ini, Kementerian Komunikasi menyelia RTM, JaPen, J-KOM, IPPTAR, Bernama, FINAS, MCMC dan MyCreative Ventures. Sementara itu, Kementerian Digital Gobind akan menyelia Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), MDEC, MYNIC dan MAMPU, selain DNB dan CyberSecurity Malaysia.

Setakat ini tidak disebutkan kedudukan MyDigital ID yang kini berada di bawah Kementerian Ekonomi, diterajui oleh Rafizi Ramli.

Sementara itu, MIMOS, pusat penyelidikan dan pembangunan gunaan negara di bawah Jabatan Perdana Menteri, akan kembali ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). 

Bagaimanapun menurut Fahmi, fungsi ID digital MIMOS (MyDigital ID) akan kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri. Selepas ia dibangunkan sepenuhnya pada bulan Mac, ia kemudiannya akan diterajui oleh Kementerian Digital.

Capai liputan populasi

Semasa sidang itu, Fahmi berkongsikan rangkaian 5G Malaysia yang digunakan oleh DNB telah mencapai liputan populasi 80.2% pada 31 Disember 2023. DNB telah ditugaskan untuk mempercepatkan pelancaran 5G bagi mencapai 80% liputan populasi 5G menjelang akhir 2023, iaitu setahun lebih awal daripada jadual.

Dengan pencapaian tersebut, kerajaan dijangka membuat keputusan mengenai peralihan daripada rangkaian borong tunggal kepada pendekatan dwi rangkaian untuk 5G tidak lama lagi.

Pada Disember 2023, 5 syarikat telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications telah menandatangani Perjanjian Langganan Saham (SSA) untuk secara kolektif memperolehi 70% kepentingan dalam rangkaian 5G milik kerajaan. Urus niaga kepentingan ekuiti dijangka selesai selepas memenuhi keperluan yang diperlukan.

Bacaan berkaitan:

  • Kerajaan umum tiada caj tambahan 5G, adakah telco terlepas berita?
  • 5 syarikat telekomunikasi ambil alih 70% pegangan DNB, suntik dana lebih RM1 bilion
  • Menteri arah telco jangan caj 5G kerana dana awam? MOF pernah beritahu Fahmi, DNB tidak dibiayai kerajaan
Tags: CSMCybersecurity Malaysiadigital nasional berhadDNBKementerian DigitalKementerian Komunikasi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240111 Kementerian Digital DNB CSM

Digital Nasional Berhad & CyberSecurity Malaysia diletak bawah Kementerian Digital

11 January 2024
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN