• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Siri Samsung Galaxy S24 mungkin terima 7 tahun kemas kini OS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:52 am
  • 14/01/2024
  • Komen
Galaxy AI dan siri Galaxy S24 akan diperkenal di acara Galaxy Unpacked
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung menjadualkan satu acara Unpacked untuk tahun 2024 pada 18 Januari, 2 pagi waktu Malaysia untuk lancarkan siri Galaxy S24 mereka. Menjelang hari pelancaran itu, sedikit demi sedikit maklumat berkaitannya tertiris ke Internet. Salah satu daripadanya adalah berkaitan kemas kini sistem operasi One UI. Dikatakan yang siri Galaxy S24 akan terima sehingga 7 tahun kemas kini OS dan sekiranya benar, Samsung akan berada separas dengan siri Google Pixel pada segi kemas kini perisian.

Satu lagi pesaing yang perlu diberikan perhatian adalah Apple yang yang menyalurkan 7 versi sistem oeprasi pada iPhone 6s dan SE, jadikan model iPhone paling panjang terima kemas kini iOS setakat ini. Memastikan sistem operasi telefon berada di tahap terbaharu adalah penting dalam kalangan pengguna masa ini.



Hal ini disebabkan terdapat kajian menunjukkan bahawa, pengguna lebih cenderung mendapatkan telefon dalam kategori premium (>USD600) dan ultrapremium (>USD1,000). Pengguna berpendapat bahawa telefon lebih premium mempunya jangka hayat penggunaan lebih panjang disebabkan spesifikasi yang lebih rintang kepada masa.

Makanya, pengguna pastinya mengharapkan sokongan perisian yang separas harganya dan jadikan faktor ini sebagai salah satu pemboleh ubah dalam berbuat keputusan.



Tarikh Acara Galaxy Unpacked

Kali ini, Samsung akan mengadakan majlis Galaxy Unpacked di San Jose, Amerika Syarikat. Acara ini akan dijalankan pada hari Rabu, 17 Januari 2024 pukul 10 pagi waktu tempatan. Ia bersamaan dengan hari Khamis, 18 Januari 2024 pukul 2 pagi waktu Malaysia.

Seperti biasa, acara ini akan turut disiarkan secara langsung di pelbagai platform. Jika berminat untuk menyaksikannya, boleh layari YouTube Samsung Malaysia, Facebook Samsung Malaysia serta laman web Samsung Malaysia.

Hadiah misteri setiap hari dan e-Baucar RM400

Bagi menarik lebih banyak minat orang ramai ke acara ini, Samsung Malaysia turut menyediakan ganjaran istimewa. Hanya jawab soalan yang disediakan Samsung Malaysia di laman web Galaxy Unpacked dan anda akan menerima e-Baucar RM400 serta berpeluang memenangi hadiah misteri.

e-Baucar RM400 ini boleh digunakan untuk membuat tempahan telefon pintar Galaxy yang akan dilancarkan di Galaxy Unpacked nanti. Tetapi penggunannya mungkin berkurangan, bergantung kepada jenis peranti yang dibeli.

Hadiah misteri pula akan diberikan setiap hari, mulai hari ini 3 Januari sehinggalah hari pelancaran iaitu 17 Januari 2024. Pemenang yang bertuah akan menerima emel makluman kemenangan daripada Samsung Malaysia dan perlu mengisi maklumat peribadi dalam tempoh 3 hari. Maklumat lanjut mengenai terma dan syarat boleh disemak di sini.

Bacaan berkaitan

CES 2024: Nearby Share telah tiada, Google & Samsung sepakat bangunkan Quick Share

Ujian Geekbench terbaru dedah prestasi Exynos 2400 setaraf Snapdragon 8 Gen 3

CES 2024: Samsung umum tiga monitor Odyssey OLED baharu, kadar segar semula cecah 360Hz

Tags: androidGalaxy S24one uisamsungSamsung Galaxy S24
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy AI dan siri Galaxy S24 akan diperkenal di acara Galaxy Unpacked

Siri Samsung Galaxy S24 mungkin terima 7 tahun kemas kini OS

14 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER