• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor lancar Magic V2 RSR hasil kerja sama Porsche pada harga lebih RM10,000

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:59 pm
  • 15/01/2024
  • Komen
Honor lancar Magic V2 RSR hasil kerja sama Porsche pada harga lebih RM10,000
Share on FacebookShare on Twitter

Honor bakal melancarkan telefon lipat ternipis mereka, Magic V2 di Malaysia pada 16 Januari 2024. Magic V2 telahpun diperkenal di pasaran China sejak Julai lagi dan kini, Honor telah melancarkan edisi istimewa Magic V2 hasil kolaborasi dengan Porsche yang dipanggil Honor Magic V2 RSR eksklusif untuk pasaran China.

Dari segi spesifikasi dalaman, ia masih kekal sama seperti model Magic V2 yang dilancarkan terdahulu. Perubahan ketaranya terdapat pada rekaan dan warna panel belakang serta bonggol kamera yang lebih tajam di mana membawakan rupa unik ala-ala motorsport.



Harga Magic V2 RSR di China

Merupakan sebuah telefon lipat edisi istimewa, Magic V2 RSR ini ditawarkan dalam satu varian dengan storan terbesar dengan tanda harga yang sangat premium. Harga rasmi jualannya di China adalah seperti berikut:

  • Honor Magic V2 RSR (RAM 16GB dan storan 1TB) – CNY15,999 (~RM10,462)

Spesifikasi Honor Magic V2 RSR

Seperti yang dinyatakan tadi, edisi istimewa Magic V2 RSR ini mendukung spesifikasi serupa dengan Magic V2. Namun rekaan luarannya berbeza sepenuhnya, di mana ia menampilkan rekaan panel belakang dua tona warna kelabu yang dipanggil ‘Agate Grey’ berikan estetik seakan logam dan sporty.



Honor mendakwa badannya diperbuat daripada ‘fiberglass’, dan terdapat perkataan ‘Porsche Design’ ditambat di tengah panel bersama logo Honor dibawahnya. Ini berbeza dengan model biasa yang logonya terletak pada bahagian kiri. Selain itu, modul kameranya juga ada bentuk lebih tajam dengan perkataan yang menggunakan bahan aloi titanium.

Walau bagaimanapun, ia lebih ringan pada 234 gram berbanding 267 gram pada Magic V2. Ini adalah kerana, Honor mengatakan engselnya diperbuat daripada titanium yang sangat ringan, walaupun ia adalah bahan yang sama seperti Magic V2. Bagaimanapun, nipis masih kekal sama pada 9.9mm dalam keadaan lipat dan 4.7mm apabila skrinnya dibuka

Bercakap pasal skrin, paparan luarnya menggunakan skrin 6.43 inci dengan resolusi 2,376×1,060 piksel yang menyokong kecerahan puncak 2,500 nits. Manakala untuk paparan dalamannya ada skrin 7.92-inci beresolusi 2,156×2,344 piksel dengan kecerahan punck sehingga 1,600 nits. Kedua-dua skrin dalam dan luar menggunakan panel LTPO OLED dan menyokong kadar penyegaran 120Hz dan juga tahap PWM setinggi 3,840Hz.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan dipadankan dengan RAM 16GB dan storan 1TB. Ia turut dilengkapi cip C1 RF untuk meningkatkan sambungan telefon. Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operasi MagicOS 7.2 berasaskan Android 13.

Sistem kameranya mengguna pakai kamera utama 50MP f/1.9 bersama sokongan OIS, kamera ultra lebar 50MP f.2.0 dan kamera telefoto 20MP OIS dengan zum optikal 2.5x dan zum digital sehingga 40x. Lubang kamera selfie terdapat di kedua-dua paparan yang menmpatkan kamera 16MP f/2.2.

Menghidupkan telefon adalah dari bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 66W berwayar. Namun, tiada sokongan pengecasan wayarles. Lain-lain ciri yang dilengkapi Magic V2 RSR termasuk pengimbas cap jari di butang kuasa, NFC, 5G, Bluetooth 5.3 dan juga WiFi 7.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Honor Magic V2 RSR di sini.

Bacaan berkaitan

  • Honor Magic V2s diumum di China, Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera sedikit rendah spesifikasi
  • Telefon lipat ternipis Honor Magic V2 bakal dilancarkan di Malaysia pada Januari 2024
  • Honor bakal lancar X8b dan X7b di Malaysia, storan 512GB tak sampai RM1,000
Tags: honorHonor Magic V2Honor Magic V2 RSRMagic V2 RSRtelefon lipat
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor lancar Magic V2 RSR hasil kerja sama Porsche pada harga lebih RM10,000

Honor lancar Magic V2 RSR hasil kerja sama Porsche pada harga lebih RM10,000

15 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER