• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sarung telefon Spigen selamatkan iPhone dari berkecai, ada perlindungan ekstra

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:58 pm
  • 15/01/2024
  • Komen
240115 Spigen Cyro Armor Alaska
Share on FacebookShare on Twitter

Pada Jumaat, 5 Januari 2024, berlaku insiden mengejutkan kepada penerbangan Alaska Airlines, melibatkan pesawat Boeing 737 Max 9 apabila sebahagian badan pesawat tercabut sejurus berlepas dari landasan.

Dalam kejadian tersebut, berita baiknya tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan, melainkan beberapa barang milik penumpang turut terbang keluar dari pesawat.



Found an iPhone on the side of the road… Still in airplane mode with half a battery and open to a baggage claim for #AlaskaAirlines ASA1282 Survived a 16,000 foot drop perfectly in tact!

When I called it in, Zoe at @NTSB said it was the SECOND phone to be found. No door yet😅 pic.twitter.com/CObMikpuFd

— Seanathan Bates (@SeanSafyre) January 7, 2024

Menariknya sebuah iPhone bersama sarung telefon dan pelindung skrin milik Cuong Tran merupakan antara barangan dijumpai dalam keadaan selamat walaupun terjatuh dari ketinggian 16,000 kaki. Keadaan itu mencetuskan tanda tanya mengenai jenama sarung telefon tersebut.

Sarung telefon Spigen Cryo Armor

Pada 13 Januari, pembuat sarung terkenal, Spigen telah membuat hantaran di X menyatakan rakan Cuong Tran memaklumkan bahawa iPhone tersebut menggunakan sarung keluaran syarikatnya, Spigen Cryo Armor.



MYSTERY SOLVED: IT WAS US ✈️@AlaskaAir @SeanSafyre

tl;dr: the iphone's case that survived a 16,000 feet drop from alaska airlines was the spigen cryo armor

(receipts below) https://t.co/YoAypHEGaK pic.twitter.com/zFcLWg3Kdu

— Spigen (@SpigenWorld) January 12, 2024

Sarung telefon tersebut dihasilkan dari thermoplastic polyurethane (TPU) dan polikarbonat, dengan rekaan Air Cushion khas Spigen untuk memberikan perlindungan ekstra. Ia juga dilengkapi ciri pendingin khusus untuk permainan mudah alih, antaranya ArticFlow Tech yang menggunakan kepingan grafit dan silikon untuk membantu peningkatkan pelepasan haba.

Manakala corak berbentuk AirCube pada bahagian belakang sarung telefon juga dikatakan dapat membantu meningkat aliran udara. Malah cengkaman sisi juga ditambah pada sarung telefon untuk memberikan pengalaman optimum semasa permainan mudah alih mendatar.

240115 Spigen Cyro Armor Alaska

Harga sarung Spigen Cryo Armor

Mesti ada yang tertanya-tanya berapakah harga sarung telefon Spigen Cryo Armor tersebut, betul tak?

Menerusi laman web Spigen, untuk siri iPhone 14 dan iPhone 15 ia dijual pada harga USD64.99 (~RM302). Ia juga tersedia untuk telefon Samsung Galaxy S22 dan Galaxy S23 pada harga USD59.99 (~RM279).

240115 Spigen Cyro Armor Alaska

Mahal? Jangan risau. Jika berminat, anda boleh mendapatkan sarung telefon Cyro Armor keluaran Spigen dengan harga yang lebih murah di kedai dalam talian Spigen di Shopee pada harga RM159.90 untuk iPhone 15 Pro Max dan RM169.90 untuk Samsung Galaxy S23 Ultra.

Jadi sarung telefon untuk telefon pintar bukanlah sebagai aksesori semata-mata ya tetapi juga bertindak sebagai pelindung kepada telefon. Namun kena pastikan ia betul-betul berkualiti ya, kalau sarung telefon jenis plastik biasa itu, rasanya memang berkecai iPhone yang jatuh dari pesawat!

[Sumber: Sean Bates, Spigen] 

Bacaan berkaitan:

  • Pesawat Boeing 737 Max 9 dilarang terbang di Amerika, apa kesannya di Malaysia?
  • Boeing 737-8: Ini sebab kenapa anda perlu teruja dengan pesawat baharu MAS
  • Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat
Tags: Alaska Airlinesiphonepesawat Boeing 737 Max 9SpigenSpigen cryo armor
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
240115 Spigen Cyro Armor Alaska

Sarung telefon Spigen selamatkan iPhone dari berkecai, ada perlindungan ekstra

15 January 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER