Adakah anda masih tercari-cari kamera yang boleh diharapkan untuk abadikan memori? Pepatah mengatakan bahawa kamera terbaik adalah yang berada di dalam poket. Tapi kenapa perlu berpuas hati dengan sebarang telefon sedangkan ada yang terbaik untuk dipilih? vivo X100 Pro adalah calon yang paling sesuai untuk mengisi tempat itu.
Ia adalah flagship terbaharu daripada vivo dan ia membawakan kelengkapan pengimejan hanya yang terbaik hasil kerjasama mereka dengan jenama optik terkenal dunia iaitu ZEISS.
vivo X100 Pro dilengkapi 3 kamera 50MP di bahagian belakang dengan saiz sensor dan jarak fokal berbeza untuk disuaikan dengan subjek apa yang ingin anda rakamkan gambarnya.
Kamera-kamera ini digandingkan pula dengan cip pengimejan vivo V3 untuk memproses isyarat imej daripada sensor kamera dengan bantuan algoritma khas berasaskan AI. Cip ini menyokong pemerosesan tahap tinggi seperti rakaman video 4K potret, simulasi bokeh yang lebih jitu, pengoptimuman warna, serta banyak lagi.
Namun, dalam masa yang sama cip pengimejan vivo V3 masih mampu catatkan kecekapan tenaga sehingga 30% berbanding penggunaan pemproses di atas SoC Dimensity 9300 itu sendiri.
Berikut adalah 5 jenis gambar yang perlu anda cuba ambil menggunakan kamera vivo X100 Pro untuk menguji sistem pengimejan kamera flagshipnya.
1. Matahari terbit/terbenam
Biasa pengeluar telefon promosikan telefon mereka hebat ambil gambar bulan. Memang vivo X100 Pro ada mode Supermoon untuk ambil gambar bulan.
Namun, telefon ini ada pendekatan lebih segar iaitu ambil gambar pemandangan matahari sama ada sedang terbit ataupun terbenam. Sebagai bintang tercerah yang hampir dengan bumi, mengambil gambar matahari ada cabarannya yang tersendiri.
Salah satunya adalah keseimbangan warna jingga yang menyelaputi kesemua objek yang ada dalam bingkai gambar, jadikan gambar keseluruhan jadi sangat suam. Ia bukanlah masalah kepada vivo X100 Pro dengan teknologi ZEISS APO Telephoto.
Cip ini meminimumkan kesan itu dan dalam masa yang sama kekalkan warna matahari. Jadi anda beroleh gambar dengan warna matahari yang betul serta objek-objek yang berada di depannya masih kekalkan warna asal tanpa kelihatan terlalu jingga.
2. Gambar potret
vivo X100 Pro ada ciri potret yang diperkasa ZEISS.
Bila hidupkan mode portrait, anda boleh pilih jarak fokal yang dipratetap sama ada 24mm, 35m, 50mm, 85mm, dan 100mm.Ini adalah jarak fokal lensa portrait yang terkenal dalam kalangan jurugambar professional. Jarak fokal yang pelbagai berikan kesan portrait yang berbeza.
Contohnya 24mm, 35mm dan 50mm mereka gunakan kamera utama sementara 100mm gunakan kamera telefoto 4.5x.
Setelah itu, anda boleh pilih simulasi bukaan apertur seluas F0.95 dan akhir sekali bentuk bokeh yang diingini seperti Sonnar, Planar, Distagon, dan banyak lagi.
3. Gambar waktu malam
vivo X100 Pro tiada masalah untuk beraksi di waktu malam. Sensor 1” pada kamera utamanya mampu memungut cukup cahaya untuk gambar yang cerah walau berada dalam situasi mencabar, berbekalkan hanya cahaya lampu LED ataupun lampu papan tanda sekalipun sudah cukup.
Gambar perhiasan perayaan tahun baru masih dikekalkan membolehkan kita beroleh gambar berwarna-warni. Kesemua gambar waktu malam ini diambil tanpa menggunakan sebaran tripod dan hasilnya tetap tajam.
Kamera telefoto dengan teknologi ZEISS APO juga tidak hadapi sebarang masalah untuk hasilkan gambar Menara Kuala Lumpur dalam julat zum yang agak jauh iaitu 10x. Perlu diingatkan yang gambar tajam ini diambil menggunakan lensa telefoto dengan zum optikal 4.3x dengan bantuan cip pengimejan vivo V3.
4. Gambar ultramakro
Mempunyai lensa telefoto dengan elemen terapung bermakna jarak fokus boleh diubah suai. Kamera telefoto 4.3x pada vivo X100 juga boleh berfungsi sebagai kamera makro dengan jarak fokus minimum 18cm.
Anda boleh cerap setiap organ penting pada bunga seperti anter, filamen, dan pistil pokok-pokok di tepi jalan yang selama ini anda hanya nampak helaian bunga sahaja daripada jauh.
Kelebihan mempunyai jarak fokus minimum yang jauh adalah anda boleh tangkap imej haiwan hidup, contohnya serangga, tanpa perlu berada terlalu hampir sehinggakan ia cabut lari kerana melihat lensa sebesar alam menghampirinya.
5. Gambar warna warni
Dengar macam klise, tapi sila ambil gambar subjek warna warni dengan vivo X100 Pro terutamanya gunakan lensa telefoto 4.5x.
Lensa ini menerima pensijilan ZEISS APO yang bermakna chromatic abberation pada gambar yang dihasilkan adalah minimum dan penuhi piawaian ketat ZEISS.
Hasilnya mungkin anda tidak dapat lihat dengan mata kasar namun kesannya boleh anda rasai apabila anda rasakan ketenteraman warna sewaktu melihat sesuatu gambar.
Contohnya, gambar dedaun hijau nampak segar dan semula jadi tanpa sebarang pembalauan warna akibat penggunaan lensa yang tidak berkualiti. Makanan pula akan nampak menyelerakan dengan warna sebenar terpelihara.
Apabila ambil gambar waktu malam, anda akan dapati pantulan dalam lensa adalah hampir tiada. Sampel gambar di bawah menunjukkan fenomena pantulan dalam kamera. Bahagian atas adalah daripada vivo X100 Pro manakala bahagian bawah adalah daripada kamera flagship yang lebih mahal daripadanya.
Perkara ini disebabkan ia menggunakan T* Coating baharu yang mengurangkan fenomena tersebut. Pengeluar lain mungkin anggap ini perkara remeh, walaupun untuk model flagship, tapi tidak untuk vivo.
Siri vivo X100 kamera telefon terunggul tahun 2024
Tangkap gambar cantik sepuas hati dengan siri vivo X100 yang dilengkapi teknologi bateri Blue Volt sehingga 5,400mAh beserta kombinasi dua cip pemproses Mediatek Dimensity 9300 dan vivo V3.
Siri vivo X100 di Malaysia dijual pada harga seperti berikut:
- vivo X100 Pro (16GB + 512GB) – RM4,599
- vivo X100 (16GB + 512GB) – RM3,499
Harganya agak menarik jika dibandingkan dengan siri vivo X90 tahun 2023 yang masing-masing dijual pada harga seperti berikut:
- vivo X90 Pro (12GB + 256GB) – RM4,999
- vivo X90 (12GB + 256GB) – RM3,699
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.