• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rebat RM20,000 & pengecas percuma untuk pembeli Ora Good Cat

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:51 pm
  • 16/01/2024
  • Komen
240116 GWM Ora Good Cat CNY Promo
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena menyambut kedatangan Tahun Naga dan Tahun Baru Cina yang akan menjelma tidak lama lagi, Great Wall Motor (GWM) Malaysia, mengumumkan promosi eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) keluarannya, Ora Good Cat.

Bagi pembelian Ora Good Cat sepanjang tempoh promosi yang berlangsung sehingga 29 Februari 2024, pembeli akan mendapat rebat sehingga RM20,000. Bukan itu sahaja, sebagai tambahan GWM juga menawarkan pengecas dinding yang bernilai RM5,500 secara percuma.



Dengan adanya pengecas dinding tersebut pastikan akan menjadikan pengalaman pengecasan yang lebih mudah dan cekap buat pemilik Ora Good Cat.

240116 GWM Ora Good Cat CNY Promo

Harga semasa atas jalan (OTR) tidak termasuk insuran untuk Ora Good Cat 400 Pro adalah RM140,500, manakala untuk Ora Good Cat 500 Ultra boleh dimiliki pada harga RM170,500.



Berikut pula adalah harga jualan selepas rebat:

  • Ora Good Cat 400 Pro: RM120,500
  • Ora Good Cat 500 Ultra: RM150,500 

Walau bagaimanapun, suka untuk diingatkan bahawa rebat itu hanya tersedia untuk tempoh terhad.

Spesifikasi Ora Good Cat

Kenderaan EV comel keluaran GWM itu dipacu motor elektrik yang dapat menghasilkan 141hp dengan daya kilas setinggi 210Nm. Ora Good Cat dikatakan dapat memecut daripada sifar kepada 100km/j dalam tempoh 9.2 saat dan kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik adalah pada paras 152km/j.

Walaupun motor yang sama menguasakan kedua-dua varian yang ditawarkan untuk Ora Good Cat, namun jarak kembara keduanya adalah berbeza. Untuk varian 400 Pro, ia boleh pergi sejauh 400km, manakala 500 Ultra pula boleh pergi sejauh 500km. Perbezaan jarak kembara tersebut dicapai melalui bateri yang lebih besar, iaitu 63.1kWj berbanding 47.8kWj bagi varian lebih murah.

Pengecasan kenderaan EV itu menyokong sistem AC 6.6kW yang dapat mengisi penuh bateri dalam tempoh masa sekitar 8 jam. Manakala untuk pengecasan pantas DC 60kW boleh mengisi antara 30% kepada 80% dalam tempoh masa 32 minit (400 Pro) dan 40 minit (500 Ultra). Untuk mengecas, kereta ini menggunakan sambungan CCS2 dan AC Type-2.

Ora Good Cat dilengkapi dengan pelbagai Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) seperti:

  • Kawalan Kembara Adaptif
  • Brek Kecemasan Berautonomi
  • Bantuan Kekal Lorong 
  • Bantuan Pemusat Lorong

Untuk varian lebih tinggi diberikan beberapa ciri tambahan selain yang disebutkan di atas, termasuklah:

  • Bantuan Menggundur Automatik
  • Parking Automatik Sepenuhnya
  • Bantuan Tukar Lorong
  • Pengesan Titik Buta
  • Bantuan Lencongan Kecemasan
  • Amaran Pintu Terbuka

Bagi yang berminat dengan promosi eksklusif GWM ini, anda boleh mengunjungi pengedar sah GWM berdekatan atau meneroka mengenai kenderaan EV tersebut di laman web rasmi GWM Malaysia. Anda juga boleh menghubungi pusat panggilan GWM di 1800-18-2882. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh emel ke Khidmat Pelanggan GWM di [email protected].

Untuk mengenal lebih lanjut Ora Good Cat, anda boleh menonton reviu rakan sekerja kami di SoyaCincau di sini.

Bacaan berkaitan:

  • Ora Good Cat: EV paling mampu milik kini di Malaysia, harga bawah RM140,000
  • Anugerah SoyaCincau 2023: Kenderaan elektrik (EV) terbaik tahun ini
  • MARiiCas: Ini cara permohonan rebat RM2,400 untuk beli motosikal elektrik
Tags: EVEV Malaysiagwmgwm ora good catgwm ora good cat 400 progwm ora good cat 500 ultraKereta elektrikora good cat
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240116 GWM Ora Good Cat CNY Promo

Rebat RM20,000 & pengecas percuma untuk pembeli Ora Good Cat

16 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER