• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple atasi Samsung jadi pengeluar telefon pintar nombor 1 dunia, catat kenaikan pasaran

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:49 am
  • 17/01/2024
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pertama kalinya selepas 13 tahun, Apple berjaya menewaskan Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbanyak dalam setahun pada 2023.

Menurut Pengarah Penyelidikan IDC Worldwide Tracker, Nabila Popal, “Sebahagian besar kejayaan dan daya tahan berterusan Apple adalah disebabkan peningkatan trend peranti premium, yang kini mewakili lebih 20% pasaran, didorong oleh tawaran tukar beli yang agresif dan pelan pembiayaan tanpa faedah.”



IDC menyatakan kali terakhir Samsung tidak berada di carta teratas adalah 13 tahun lalu pada tahun 2010, malah Apple juga tidak berada dalam carta lima teratas. Ketika itu Nokia di tempat pertama, diikuti Samsung, LG Electronics, ZTE dan Research in Motion yang merupakan pengeluar peranti Blackberry di tempat kelima.

Apple catat kenaikan bahagian pasaran

240117 Apple Nombor 1 Carta IDC

Berdasarkan angka yang dikeluarkan firma penyelidikan pasaran IDC, pengeluar iPhone menghantar 234.6 juta telefon pintar dan memperoleh 20.1% bahagian pasaran. Ia mencatatkan peningkatan berbanding penghantaran pada 2022 dengan 226.3 juta dan bahagian pasaran 18.8%.



Samsung menduduki tempat kedua dengan 19.4% bahagian pasaran dan mencatat 226.6 juta pengeluaran, penurunan besar daripada 262.2 juta bersamaan 13.6% pada 2022. 

Pun begitu Samsung bukanlah satu-satunya pengeluar Android utama yang mencatatkan penurunan. Ini kerana Xiaomi, Oppo yang berada di slot ketiga dan keempat turut menyaksikan penurunan dalam pengeluaran tahunan masing-masing sebanyak 4.7% dan 9.9%.

Manakala Transsion, syarikat induk bagi jenama telefon pintar Infinix, Itel dan Tecno, menyaksikan lonjakan besar-besaran sebanyak 30.8% dalam aspek pengeluaran. Syarikat itu mengeluarkan hampir 95 juta telefon pintar pada tahun 2023.

Walaupun keseluruhan penghantaran telefon pintar merosot 3.2% pada 2023 berbanding 2022 kesan jangka panjang pandemik, namun dijangkakan pasaran akan kembali pulih pada tahun 2024. Ini dapat dilihat dengan pelancaran pelbagai peranti daripada julat harga rendah sehingga premium.

[Sumber: IDC]

Bacaan berkaitan:

  • Pengguna kini lebih gemar beli telefon kelas premium berbanding bajet
  • Diskaun hingga RM540 untuk iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max sempena Tahun Baru Cina
  • Ini sebab kenapa jangan beli iPhone terpakai
Tags: appleIDC Worldwide TrackerNombor 1opposamsungTranssionxiaomi
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026

Apple atasi Samsung jadi pengeluar telefon pintar nombor 1 dunia, catat kenaikan pasaran

17 January 2024
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

Proton S70 dipilih sebagai Teksi Madani, wajah baharu teksi Malaysia dilengkapi JPJePlate

3 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN