• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi LADAP Plus, bantu guru tingkat kemahiran diri secara digital

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:24 pm
  • 18/01/2024
  • Komen
240118 Aplikasi LADAP Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Aplikasi pembangunan profesional guru pertama di Malaysia, LADAP Plus telah diperkenalkan oleh PEMIMPIN GSL dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) dan Kementerian Pendidikan (KPM).

LADAP Plus yang bermaksud Leadership and Development Application by PEMIMPIN GSL, adalah merupakan sebuah platform inovatif dibangunkan untuk membudayakan pembangunan profesionalisme berterusan yang berkesan untuk guru-guru di Malaysia.



240118 Aplikasi LADAP Plus

Dalam ucapan perasmiannya, Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM, Zainal Abas berkata, pelancaran aplikasi LADAP Plus selaras dengan objektif yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Digital, yang bertujuan memperkasakan pendidik dan pemimpin sekolah untuk mengintegrasikan teknologi digital ke dalam ekosistem pendidikan. 

“Usaha ini secara tidak langsung menyokong teras kedua Dasar Pendidikan Digital, yang menekankan kepentingan mempunyai pendidik yang cekap secara digital. Selain itu, kerjasama antara MOE, PEMIMPIN GSL dan YSD melalui aplikasi LADAP Plus adalah konsisten dengan enam teras strategik Dasar Pendidikan Digital: Rakan Kongsi Strategik yang Komited,” ujarnya



Elemen penting dalam aplikasi LADAP Plus

240118 Aplikasi LADAP Plus

LADAP Plus direka untuk meningkatkan amalan pengajaran, menggabungkan video pendek, kuiz dan elemen gamifikasi bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran keseluruhan untuk golongan pendidik.

Antara ciri-ciri yang diketengahkan dalam aplikasi tersebut termasuk:

  • Pembelajaran kendiri untuk memperkasakan pendidik dengan pembangunan profesional yang fleksibel dan diperibadikan
  • Hab kandungan kaya untuk membenarkan akses kepada koleksi pelbagai kandungan lebih 30 video, 10 modul dan pelbagai sumber untuk pembelajaran yang mudah
  • Kembangkan jaringan perhubungan dengan melibatkan diri dalam forum, kerjasama dan pertukaran pandangan
240118 Aplikasi LADAP Plus

Terdapat 6 elemen utama dalam aplikasi LADAP Plus itu, seperti:

  1. Kandungan bite-sized (pembelajaran mikro) – kursus ringkas dan singkat dalam bentuk teks pendek, imej dan video.
  2. Berfokuskan pelaksanaan – mengandungi strategi pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam situasi sebenar.
  3. Berdasarkan keperluan – guru boleh memilih kursus dan kandungan pembelajaran mengikut keperluan dan konteks semasa.
  4. Gamifikasi – terdapat elemen gamifikasi bagi menjadikan pengalaman pembelajaran di dalam aplikasi lebih menarik.
  5. Forum – membolehkan para guru berhubung dan berkongsi pandangan dan amalan terbaik antara satu sama lain.
  6. Integrasi media sosial – membolehkan para guru berkongsikan kemajuan, pembelajaran, pencapaian dan sijil yang diperoleh di platform media sosial.

Guru-guru yang berminat untuk memulakan pembangunan profesional mereka boleh memuat turun aplikasi LADAP Plus yang tersedia di Apple App Store dan Google Play. 

Untuk maklumat lanjut tentang LADAP Plus, anda boleh layari laman web rasmi aplikasi tersebut.

Tags: Kementerian PendidikanKPMLADAP PlusPEMIMPIN GSLYayasan Sime DarbyYSD
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240118 Aplikasi LADAP Plus

Aplikasi LADAP Plus, bantu guru tingkat kemahiran diri secara digital

18 January 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER