• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost PayFlex tawar ciri PayLater patuh Shariah untuk semua aplikasi & DuitNow QR

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:51 pm
  • 18/01/2024
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Boost mengembangkan ciri PayLater patuh Shariahnya, yang dikenali sebagai Boost PayFlex meliputi semua transaksi dalam aplikasinya serta pembayaran DuitNow QR.

Menerusi penyelesaian inovatif itu, pengguna dengan akaun Premium Wallet pada aplikasi Boost boleh menikmati akses lebih meluas kepada saluran kredit terkawal patuh Shariah. Ia boleh digunakan untuk melanjutkan tempoh pembayaran kepada ansuran sehingga 3 bulan di lebih 1.8 juta peniaga DuitNow QR di Malaysia.



Boost PayFlex juga boleh digunakan untuk menambah baki e-dompet, yang akan membolehkan pilihan PayLater bagi segala transaksi dalam aplikasi Boost. Ini termasuk pembayaran bil, beli-belah dalam talian, penghantaran makanan dan lain-lain.

240118 Boost PayFlex Patuh Shariah

Produk patuh Shariah Boost PayFlex 

Boost PayFlex akan menyesuaikan saluran kredit berdasarkan penilaian kemampuan individu untuk mengutamakan pinjaman yang bertanggungjawab sebagai entiti yang dikawal selia.



Untuk ansuran 3 bulan, pengguna akan dikenakan RM10 sebagai yuran wakalah bagi setiap transaksi dan kadar keuntungan bulanan 2.5%. Manakala untuk pilihan 30 hari akan dikenakan yuran wakalah sekali-bayar sehingga RM10 bagi setiap transaksi, tanpa kadar keuntungan.

Pengguna juga akan dimaklumkan lebih awal dan notis peringatan tentang tempoh pembayaran balik. Caj pembayaran lewat ditetapkan pada 1% setahun.

Aktifkan Boost PayFlex

Berminat untuk menggunakan fungsi Boost PayFlex?

Anda terlebih dahulu perlu melengkapkan pengesahan e-KYC dengan menaik taraf ke akaun Premium Wallet Boost secara percuma. Setelah naik taraf, beberapa proses pengaktifan untuk Boost PayFlex perlu dilakukan, seperti:

  • Kontrak perjanjian terperinci
  • Pra-kebenaran kaedah pembayaran

Setelah pengaktifan berjaya, anda akan dapat melihat dan menggunakan saluran kredit pada halaman Boost PayFlex. Ia juga membolehkan pemantauan perbelanjaan tertunda dan jadual pembayaran balik pada masa nyata.

Bagi setiap ringgit yang dibelanjakan melalui Boost PayFlex, anda akan menerima sehingga 3 Boost Stars – yang berdasarkan kedudukan BoostUP.

Anda boleh menebus Boost Stars yang terkumpul bagi mendapatkan lebih banyak penjimatan dan ganjaran melalui Program Kesetiaan BoostUP termasuklah diskaun langsung Pay With Stars, baucar tunai Partner Wallet, dan banyak lagi.

Dapatkan lebih maklumat lanjut mengenai Boost PayFlex dengan melayari laman web rasminya.

Bacaan berkaitan:

  • Boost Bank dapat kelulusan operasi Bank Digital, akan laksana ujian alfa
  • BNM: Tiada caj transaksi DuitNow QR untuk peniaga kecil dan mikro buat masa ini
  • Fungsi DuitNow QR kini boleh digunakan di Indonesia
Tags: BoostBoost PayFlexBoost PayLaterDuitNow QRPayLater
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Boost PayFlex tawar ciri PayLater patuh Shariah untuk semua aplikasi & DuitNow QR

18 January 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN