• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan jemputan untuk miliki Honor Magic V2 RSR Porsche Design sekarang

  • OLEH Najib
  • 3:34 pm
  • 19/01/2024
  • Komen
Honor lancar Magic V2 RSR hasil kerja sama Porsche pada harga lebih RM10,000
Share on FacebookShare on Twitter

Di majlis pelancaran telefon lipat Honor Magic V2 awal minggu ini, Honor Malaysia turut mengumumkan bahawa edisi khas Honor Magic V2 RSR akan datang ke Malaysia. Model eksklusif ini adalah kerjasama pertama Honor dengan Porsche Design dan dijangka memasuki pasaran tempatan pada suku kedua tahun ini.

Bagaimanapun, Honor Malaysia ada menyatakan bahawa pemilikan Honor Magic V2 RSR hanya dibuat secara jemputan sahaja. Tetapi jika anda berminat, anda boleh mendapatkan jemputan eksklusif ini di laman web Honor Malaysia.



Anda hanya perlu mengisi maklumat yang diminta di laman web Honor Malaysia dan menunggu kod akses dihantar ke emel. Selepas menerima kod akses, anda boleh ke kedai Honor Store terpilih dan terdekat untuk mencuba sendiri Honor Magic V2 RSR. Ini adalah peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba telefon lipat yang canggih ini.

Borang pendaftaran untuk jemputan eksklusif Honor Magic V2 RSR

Spesifikasi Honor Magic V2 RSR

Terdapat banyak persamaan yang dikongsi Honor Magic V2 RSR dengan model biasa, terutama dari segi prestasi. Perbezaan terbesar adalah rekaan luarnya di mana bahagian belakang Honor Magic V2 RSR tampil dengan rekaan ‘flyline’ mirip bumbung kereta mewah Porsche 911. Reka bentuk ini memberi cengkaman lebih baik d dalam genggaman tangan.



Badan Honor Magic V2 RSR diperbuat daripada gentian kaca (fibre glass) dan ia menggunakan engsel aloi titanium ultra ringan yang diiktiraf oleh SGS bagi mencapai reka bentuk nipis yang luar biasa, iaitu 9.9mm dalam keadaan lipat dan 4.7mm apabila dibuka. Ini juga menjadikan model eksklusif ini sangat ringan, hanya 234 gram.

Paparan luarnya menggunakan skrin 6.43 inci dengan resolusi 2,376×1,060 piksel yang menyokong kecerahan puncak 2,500 nits. Manakala untuk skrin di dalam berukuran 7.92-inci beresolusi 2,156×2,344 piksel dengan kecerahan punck sehingga 1,600 nits. Kedua-dua skrin dalam dan luar menggunakan panel LTPO OLED dan menyokong kadar penyegaran 120Hz dan juga tahap PWM setinggi 3,840Hz.

Prestasi tinggi pada Honor Magic V2 RSR digerakkan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 2, serta dipadankan dengan RAM 16GB dan storan besar 1TB. Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas berwayar 66W berwayar. Pengecasan wayarles tidak disokong.

Sistem pengimejan padanya mengguna pakai kamera utama 50MP f/1.9 bersama sokongan OIS, kamera ultra lebar 50MP f.2.0 dan kamera telefoto 20MP OIS dengan zum optikal 2.5x dan zum digital sehingga 40x. Lubang kamera selfie terdapat di kedua-dua paparan, menempatkan kamera 16MP f/2.2.

Di China, Honor Magic V2 RSR dengan RAM 16GB dan storan 1TB dijual pada harga CNY15,999 (~RM10,462). Mungkin kita akan melihat harga rasminya di Malaysia melebihi RM10,000.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Honor Magic V2 RSR di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Honor Magic V2 dilancar di Malaysia dengan jaminan penggantian skrin percuma
  • Honor lancar Magic V2 RSR hasil kerja sama Porsche pada harga lebih RM10,000
  • Telefon lipat ternipis Honor Magic V2 bakal dilancarkan di Malaysia pada Januari 2024
Tags: honorHonor Magic V2Honor Magic V2 RSR
Najib

Najib

POPULAR

Honor lancar Magic V2 RSR hasil kerja sama Porsche pada harga lebih RM10,000

Dapatkan jemputan untuk miliki Honor Magic V2 RSR Porsche Design sekarang

19 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER