• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Zephyrus G16: Laptop gaming OLED dengan GPU sehingga Geforce RTX 4080 dan Core Ultra 9

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:11 pm
  • 19/01/2024
  • Komen
ROG Zephyrus G16: Laptop gaming OLED dengan GPU sehingga Geforce RTX 4080 dan Core Ultra 9
Share on FacebookShare on Twitter

Asus pada hari ini rasmi membawa masuk laptop gaming ROG Zephyrus G16 ke pasaran Malaysia. Laptop ini pertama kali didedahkan ketika CES 2024, dengan membawakan rekaan badan nipis serta ringan tetapi lengkap dengan perkakas terbaik seperti skrin panel OLED dengan sokongan G-SYNC dan menggunakan cip pemproses terbaru Intel Meteor Lake.

Harga dan ketersediaan Asus ROG Zephrus G16 di Malaysia

Bagaimanapun, walaupun telah dilancarkan, laptop ROG Zephyrus G16 masih belum boleh didapatkan sekarang. Terdapat empat konfigurasi yang disediakan bagi ROG Zephyrus G16. Berikut adalah harga jualan rasminya di Malaysia:



  • ROG Zephyrus G16, 16″ IPS, Intel Core Ultra 7 155H, RAM 32GB, SSD 1TB, GeForce RTX 4060 – RM9,999
  • ROG Zephyrus G16, 16″ OLED, Intel Core Ultra 9 185H, RAM 32GB, SSD 1TB, GeForce RTX 4060 – RM10,999
  • ROG Zephyrus G16, 16″ OLED, Intel Core Ultra 9 185H, RAM 32GB, SSD 1TB , GeForce RTX 4070 – RM11,999
  • ROG Zephyrus G16, 16″ OLED, Intel Core Ultra 9 185H,RAM 32GB, SSD 2TB, GeForce RTX 4080 – RM14,999

Model dengan konfigurasi paling rendah akan tersedia didapatkan orang ramai bermula akhir Januari ini di stor dalam talian Asus, manakala tiga lagi varian akan mula dijual sekitar pertengahan Februari 2024.

Spesifikasi Asus Zephyrus G16

ROG G16 tampil sebagai laptop gaming ROG pertama yang menggunakan paparan OLED, dipanggil sebagai paparan ‘ROG Nebula’. Ia berukuran 16-inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel dalam nisbah 16:10, serta memiliki kadar penyegaran sehingga 240Hz dan masa respons pantas 0.2ms. Kecerahan puncak panel ini mencapai 500 nits dan turut menyokong NVIDIA G-SYNC, bersama Dolby Vision HDR dan cakupan warna gamut penuh DCI-P3.



Namun, ini hanya terpakai untuk tiga varian teratas, manakala model terbawah akan menggunakan panel IPS sebalik OLED, dengan masa respons lebih perlahan pada 3ms.

Dari segi cip pemproses, model IPS ini didatangkan dengan cip Intel Core Ultra 7 155H. Tiga lagi varian lain akan diperkasa Intel Core 9 185H yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X seluas 32GB. Storan PCIe 4.0 SSD 2TB tersedia pada model tertinggi, manakala yang tiga lagi berkongsi saiz storan sama iaitu SSD 1TB. Disebabkan penggunaan Intel Core Ultra, laptop G16 ini ada NPU Intel AI Boost dengan keupayaan AI yang telah dipertingkatkan.

Untuk grafik, anda akan temui NVIDIA GeForce RTX 4080 untuk varian tertinggi, dengan GeForce RTX 4070 dan GeForce RTX 4060 turut tersedia untuk varian lebih rendah. Semua laptop akan menggunakan Windows 11 Home sejurus keluar dari kotak.

Selain itu, semua varian laptop ini dimuatkan dengan bateri 90Whr dengan pengecas yang berbeza. Varian yang menggunakan RTX 4060 dan RTX 4070 menggunakan pengecas 200W manakala model RTX 4080 menggunakan pengecas 240W. Semua laptop turut hadir dengan papan kekunci berlampu RGB, kamera webcam 1080p bersama sokongan Windows Hello, 4 speaker, WiFi 6e dan Bluetooth 5.3.

Port I/O yang terdapat pada laptop pula termasuk jek audio 3.5mm, satu output HDMI 2.1, dua USB-A 3.2 Gen 2, satu USB-C 3.2, satu Thunderbolt 4 dan juga slot kad SD. Pada panel laptop, ia ada rekaan minimalis dengan satu garisan dari hujung kiri atas ke hujung kanan bawah laptop. Badan laptop ini dibina dari aluminium dan mendukung berat hanya 1.85kg.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Asus ROG Zephyrus G16 di sini.

Tags: asos rogasusasus malaysiaAsus rog zephyrus g16laptopLaptop gamingoledrog
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

ROG Zephyrus G16: Laptop gaming OLED dengan GPU sehingga Geforce RTX 4080 dan Core Ultra 9

ROG Zephyrus G16: Laptop gaming OLED dengan GPU sehingga Geforce RTX 4080 dan Core Ultra 9

19 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER