• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Tempahan awal BYD Seal dibuka, tiga varian sah masuki Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:29 pm
  • 19/01/2024
  • Komen
Tempahan awal BYD Seal dibuka, tiga varian sah masuki Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dilaporkan tempoh hari, Sime Darby Motors (SDM) hari ini telah membuka sesi tempahan awal untuk yang berminat mendapatkan BYD Seal. Berdasarkan laman rasmi SDM, deposit sebanyak RM1,000 diperlukan untuk tempahan dan terdapat kemudahan pemulangan deposit sekiranya penempah bertukar hajat.

Penempah yang membatalkan tempahan akan menerima kembali 90% ataupun RM900 daripada jumlah deposit seperti syarat-syarat yang tertera pada dokumen T&C.



Lagi perkara yang disahkan oleh pihak pengedar adalah tiga varian yang akan dibawa masuk iaitu Dynamic, Premium, dan Performance.

Anggaran harga BYD Seal di Malaysia

BYD Seal dianggarkan berharga lebih mahal daripada BYD Atto 3. Ia dilihat sebagai pesaing hebat kepada Tesla Model 3. Maka dengan sebab itu, tanda harga sekitar RM200,000 bergantung kepada varian boleh dijangkakan untuk BYD Seal.



BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

BYD Seal telahpun dijual di beberapa pasaran kenderaan berpemandu sisi kanan (right-hand-drive) seperti Australia, New Zealand, Singapura, dan Thailand. Maka tidaklah menjadi masalah untuk SDM membawa masuk model ini daripada psaran-pasaran berhampiran.

Bercerita tentang varian, kita mulakan dengan Dynamic untuk tanda harga terendah. Premium untuk trim yang lebih banyak manakala Performance untuk motor yang lebih berkuasa.

BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

Spesifikasi BYD Seal di Malaysia

BYD Seal adalah salah satu entri dalam siri laut kenderaan BYD selain Dolphin, Sea Lion 07, dan sebuah hibrid plug-in Chaser 05. Apabila masuki Malaysia kelak, BYD Seal bakal jadi EV BYD yang ketiga jenama itu selepas Atto 3 dan juga Dolphin.

BYD Seal Malaysia
BYD Seal Malaysia

Varian Dynamic untuk BYD Seal diperkasa motor tunggal 150kW (201hp) yang menghasilkan daya tujah setinggi 310Nm. Motornya memacu roda belakang dan boleh memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 7.5 saat sahaja. Jarak kembara untuk varian ini diukur pada 460km berbekalkan pek bateri 61.44kWh (WLTP). Pek bateri ini dicas menggunakan sama ada pengecas 7kW AC ataupun 110kW DC.

Varian Premium pula mempunyai motor yang lebih berkuasa dengan angka 230kW (309hp) dan tork setinggi 360Nm. Kuasa tambahan itu membolehkan pecutan abad dilakukan dalam amsa 5.9 saat sahaja. Pek bateri berkapasiti 82.56kWh bekalkan kuasa kepada motor elektrik ini dan mampu bawanya sejauh 570km.

Varian yang paling berkuasa adalah yang ada pacuan semua roda. Ia memiliki output berjumlah 390kW (523hp) dengan tork setinggi 670Nm. Pecutan kembara mengambil masa 3.8 saat. Pek bateri varian Performance adalah sama dengan varian Premium tapi jarak kembaranya adalah lebih pendek, pada 520km. Variasi Premium dan Performance kedua-duanya menyokong pengecasan 150kW DC dan 7kW AC.

Tags: automotifBYDbyd sealEV
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Tempahan awal BYD Seal dibuka, tiga varian sah masuki Malaysia

Tempahan awal BYD Seal dibuka, tiga varian sah masuki Malaysia

19 January 2024
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER