• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus Vivobook 16: Skrin besar 16″ dan cip Intel Core 5 terbaru pada harga RM3,099

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:33 pm
  • 22/01/2024
  • Komen
Asus Vivobook 16: Skrin besar 16″ dan cip Intel Core 5 terbaru pada harga RM3,099
Share on FacebookShare on Twitter

Asus baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaru dalam siri Vivobook yang dipanggil Vivobook 16. Ia adalah model yang hampir sama seperti Vivobook 16 dengan cip pemproses AMD Ryzen, tetapi telah dikemas kini untuk menggunakan cip pemproses Intel Core 5 terbaru.

Harga dan ketersediaan Vivobook 16 di Malaysia

Asus hanya menawarkan satu konfigurasi bagi Vivobook 16 terbaru ini di Malaysia. Harganya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Asus Vivobook 16, Intel Core Ultra 5 120U, RAM 16GB, SSD 512GB – RM3,099

Bagi anda yang berminat, Vivobook 16 boleh mula didapatkan pada 29 Januari 2024 di stor dalam talian rasmi Asus.

Spesifikasi Asus Vivobook 16

Vivobook 16 terbaru ini didatangkan paparan LCD NanoEdge 16 inci pada resolusi HD Penuh yang menggunakan nisbah 16:10. Ia memiliki nisbah skrin ke badan setinggi 86.5%, menawarkan skrin lebih besar di samping ada badan sama seperti laptop 15.6 inci. Panelnya juga ada pengesahan TUV Rheindland untuk ada cahaya biru rendah dan juga bebas flicker.



Melihat pada prestasi, ia dilengkapi dengan cip pemproses Intel Core 5 terbaru yang bergandingan bersama RAM 16GB dan storan SSD 512GB. Untuk menampung prestasi laptop ini, ia dimuatkan dengan sistem penyejuk dwi ruang udara dan menggunakan kipas IceBlade. Manakala untuk menghidupkan laptop, terdapat bateri berkapasiti 42Wh.

Selain itu, laptop ini ada engsel yang boleh dibaringkan rata 180 darjah dan hadir dengan penutup kamera webcam memberikan privasi yang lebih kepada pengguna. Lebih menarik, kamera webcam ini juga ada teknologi untuk memproses menjadikan gambar lebih jelas untuk video, bersama dengan teknologi pembatalan hingar AI pada mikrofon untuk menyingkirkan bunyi luar.

Di samping itu, ia menggunakan papan kekunci ErgoSense yang dikatakan Asus memiliki Antimicrobial Guard Plus bagi mengelakkan pembiakan virus dan bakteria pada papan kekunci. Pada trackpadnya pula terdapat pengimbas cap jari untuk anda melog masuk melalui Windows Hello.

Untuk port I/O, ia menawarkan jumlah port yang mencukupi iaitu 1 USB-C 3.2, 2 USB-A 3.2, 1 USB 2.0, 1 output HDMI dan juga 1 jek audio 3.5mm. Vivobook 16 ini diperbuat daripada 30% plastik kitar semula pasca pengguna bersama dengan pakej 100% yang boleh dikitar semula. Asus memberikan 2 tahun waranti global dengan jaminan 1 tahun Asus Perfect.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Asus.

Bacaan berkaitan

  • Zenbook DUO: Dua skrin OLED 14″ dengan Intel Core 9, bermula RM9,999
  • ROG Zephyrus G16: Laptop gaming OLED dengan GPU sehingga Geforce RTX 4080 dan Core Ultra 9
  • ASUS Zenbook 14 OLED, kuasa Intel Core Ultra pertama tiba di Malaysia
Tags: asusasus malaysiaIntelVivobook 16
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Asus Vivobook 16: Skrin besar 16″ dan cip Intel Core 5 terbaru pada harga RM3,099

Asus Vivobook 16: Skrin besar 16″ dan cip Intel Core 5 terbaru pada harga RM3,099

22 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER