• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Zenbook DUO: Dua skrin OLED 14″ dengan Intel Core 9, bermula RM9,999

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:53 pm
  • 22/01/2024
  • Komen
Zenbook DUO: Dua skrin OLED 14″ dengan Intel Core 9, bermula RM9,999
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah mengumumkan ketibaan laptop inovasi terbaru mereka dengan dwi skrin ke pasaran Malaysia, iaitu ZenBook DUO. Laptop ini telah pun didedahkan pada CES 2024 menggu lepas. Selain dilengkapi dua skrin, laptop ini datang dengan badan ringan dan pelbagai mod versatil untuk memanfaatkan penggunaan dwi skrin.

Harga dan ketersediaan ZenBook DUO di Malaysia

Laptop ZenBook DUO tersedia dalam dua varian di Malaysia, dengan model Intel Core Ultra 7 akan mula dijual bermula 19 Ferbuari, manakala model Intel Core Ultra 9 tarikh ketersediaannya akan diberitahu kemudian. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Asus ZenBook DUO, Intel Core Ultra 7 155H, RAM 32GB, SSD 1TB – RM9,999
  • Asus ZenBook DUO, Intel Core Ultra 9 186H, RAM 32GB, SSD 1TB – RM10,999

Apabila tersedia, pembelian boleh di buat di stor dalam talian Asus. Untuk pembeli awal, Asus menawarkan hadiah percuma jam Asus VivoWatch 5 bernilai RM1,288.

Spesifikasi Asus Zenbook DUO

Zenbook Duo adalah laptop dengan dua paparan sentuh 14 inci beresolusi 3K (2880 x 1800) dalam nisbah 16:10 menggunakan panel Asus Lumina OLED. Skrinnya menyokong kadar penyegaran 120Hz bersama cakupan warna gamut luas DCI-3 100%, warna kontras 1,000,000:1, diiktiraf Pantone dan juga pengesahan HDR True Black 500.



240111Zenbook Duo

Menariknya, paparan ini boleh dibaring rata 180 darjah membolehkan paparan dikembangkan kepada skrin sebesar 19.8 inci, dan menawarkan penggunaan versatil sama ada dalam mod Laptop, Dwi skrin, Desktop atau Berkongsi menggunakan perisian ScreenXpert.

Menunjangi Zenbook DUO ini adalah dua pilihan cip pemproses iaitu Intel Core Ultra 7 atau Intel Core 9 185H. Ia digandingkan dengan RAM 32GB LPDDR5x dan storan PCIe 4.0 SSD 1TB. Kapasiti bateri 75Wh dipasangkan di dalamnya yang didakwa Asus ada jangka hayat lanjutan 20% berbanding generasi sebelumnya. Untuk mengecas, ia menyokong pengecasan 65W.

Di samping itu, Zenbook DUO ini juga didatangkan dengan sokongan papan pad sentuh ErgoSense bersaiz penuh yang boleh ditanggalkan, dan juga pen Stailus. Sistem audio laptop ini menampilkan speaker diiktiraf Harman Kardon dengan teknologi Dolby Atmos untuk pengalaman audio yang lebih imersif.

240111Zenbook Duo

Dari segi port I/O, ia memiliki 2 port Thunderbolt 4, 1 port USB-A 3.2, 1 port HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm.Untuk meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, badan Zenbook DUO diperbuat daripada magnesium aluminium aloi dikitar semula. Keseluruhan badannya juga nipis dan ringan hanya 14.6mm tebal dan berat 1.35kg.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh layari laman Asus Zenbook DUO di sini.

Bacaan berkaitan

  • ROG Zephyrus G16: Laptop gaming OLED dengan GPU sehingga Geforce RTX 4080 dan Core Ultra 9
  • CES 2024: Asus Zenbook DUO dengan dwi skrin 14-inci OLED & Intel Core Ultra 9
  • ASUS Zenbook 14 OLED, kuasa Intel Core Ultra pertama tiba di Malaysia
Tags: asusASUS Zenbook DuoZenbook DUO
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Zenbook DUO: Dua skrin OLED 14″ dengan Intel Core 9, bermula RM9,999

Zenbook DUO: Dua skrin OLED 14″ dengan Intel Core 9, bermula RM9,999

22 January 2024
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN