• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lokatag Pro gabung SmartTag, dashcam, dan GPS dalam satu gajet berharga RM1,799

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:02 pm
  • 23/01/2024
  • Komen
240123 Lokatag Pro
Share on FacebookShare on Twitter

Lokatag Pro ialah gajet yang menarik kerana ia gabungkan tiga gajet dalam satu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Amtel Holdings Berhad, Chester Koid, “Kami sedang memulakan era baharu aksesori automotif, di mana keselamatan, inovasi dan ketersambungan menyatu dengan lancar ke dalam satu platform pintar yang dikenali sebagai “Ekosistem Loka”.

Lokatag Pro tawar pelbagai fungsi menarik

Lokatag Pro adalah pembaca tol terhubung yang menggunakan teknologi inframerah yang menyokong kedua-dua TNG NFC tradisional dan baharu. Ia membolehkan pengguna memandu di lorong SmartTAG tanpa perlu memberhentikan kenderaan mereka. Ia juga boleh menggunakan pembayaran terus daripada TNG eWallet.



240123 Lokatag Pro
Pandangan hadapan Lokatag Pro
240123 Lokatag Pro
Dashcam yang dipasang pada bahagian bawah
240123 Lokatag Pro
Dashcam boleh diakses melalui aplikasi Loka

Selain menampilkan kamera papan pemuka dengan sensor Sony IMX336 yang dapat merekod video beresolusi 2K sebagai salah satu ciri menariknya, Lokatag Pro juga dilengkapi fungsi menerima arahan suara. Ia dapat memberikan kemas kini masa nyata tentang baki kad, dalam tiga pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Pembaca tol terhubung itu turut dilengkapi e-Sim gred automotif yang menampilkan fungsi seperti penjejakan GPS, makluman masa nyata, kawalan jauh awan (cloud) dan akses serta kemas kini melalui udara (OTA).



240123 Lokatag Pro

Di samping itu, penderia dan sistem pemantau terbina dalam Lokatag Pro juga dapat membantu meningkatkan keselamatan kenderaan dengan memaklumkan pengguna tentang aktiviti mencurigakan serta insiden tag geo untuk tujuan pembuktian.

Dalam masa sama, Lokatag juga mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Zurich Malaysia sebagai rakan kongsi insurans sebagai komitmen pengurangan risiko dan kesejahteraan pelanggan.

Kerjasama itu adalah untuk meningkatkan dan mengautomasikan proses tuntutan insurans motor dan takaful melalui aplikasi Loka, yang turut diperkenalkan dalam majlis pelancaran itu.

Lokatag Pro dijual pada harga RM1799 dan tersedia untuk tempahan awal bagi penghantaran yang akan bermula Mac 2024. 

Bagi tempahan awal itu, akan melayakkan pembeli mendapat insurans kereta percuma (tertakluk pada terma dan syarat). Maklumat lanjut mengenai pakej insurans kereta percuma itu akan dimaklumkan Amtel dan Zurich dalam masa terdekat.

Kepada yang berminat, boleh membuat tempahan menerusi laman web rasmi Lokatag.

Tags: AI VoiceAmteldashcamLokagtag ProlokatagPembaca tol terhubung
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240123 Lokatag Pro

Lokatag Pro gabung SmartTag, dashcam, dan GPS dalam satu gajet berharga RM1,799

23 January 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN