• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 12 Malaysia: Sistem optik Hasselblad generasi 4 dan kapasiti luar biasa besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:15 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
OnePlus 12 Malaysia: Sistem optik Hasselblad generasi 4 dan kapasiti luar biasa besar
Share on FacebookShare on Twitter

Siri OnePlus 12 selamat dilancarkan di peringkat global. Sebanyak dua varian telefon dilancarkan sewaktu majlis iaitu OnePlus 12 dan OnePlus 12R. Ada juga produk audio dilancarkan iaitu OnePlus Buds 3.

Harga OnePlus 12 di Malaysia

OnePlus 12 di Malaysia ditawarkan dalam satu konfigurasi sahaja iaitu RAM 16GB dan storan 512GB. Ini adalah varian paling tinggi kombinasi RAM dan storan dalam sirinya dan harga jualan untuk pasaran Malaysia adalah RM4,599 dan akan mula ditawarkan bermula 3 Februari 2024 ini.



Sekiranya anda perlukan hanya telefon Snapdragon 8 Gen 3, iQoo 12 Pro ditawarkan pada harga RM3,399 dan memiliki amaun RAM dan storan yang sama.

Satu lagi varian adalah OnePlus 12R. Harganya untuk pasaran kita adalah RM3,199 namun bilakah ia akan dijual masih belum diumumkan.



Spesifikasi OnePlus 12

OnePlus 12 adalah telefon bersaiz 6.82”. Panel paparan AMOLED padanya ada resolusi QHD+ 3168 x 1440 dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Kecerahan puncaknya dilapor pada 4,500 nits tapi itu adalah ujian dalaman pihak pengeluar. Ujian daripada pihak ketiga menunjukkan yang ia berada pada 1,120 nits ataupun sekitar kecerahan skrin Galaxy S23+, Z Fold 5 dan Oppo Find X6 Pro.

Sumber

Atas papan utama, OnePlus 12 diperkasa cip pemproses flagship 2024 Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 bersama-sama dengan kombinasi RAM 12GB dan storan 512GB untuk pasaran Malaysia. Ia adalah cip yang dinaik taraf dan cip lama kini digunakan pada OnePlus 12R. Sejurus keluar kotak, OnePlus 12 dilapor menjalankan sistem operasi OxygenOS 14.0 berasaskan Android 14.

Pada iterasi kali ini juga OnePlus mengumumkan Trinity Engine iaitu ciri pengomptimuman telefon yang terbina di dalam sistem operasi. Trinity Engine mengandungi 6 komponen iaitu Hyper Boost, Hyper Rendering, Hyper Touch, CPU Vitalization, RAM Vitalization, dan ROM Vitalization.

Ia beroperasi di segenap pelosok telefon dan salah satu manfaat yang ingin diketengahkan OnePlus adalah semua permainan boleh dijalankan pada kadar bingkai 120fps tanpa masalah.

Di bahagian kamera, OnePlus mengumumkan model kali ini diperkasa sistem pengimejan Hassleblad generasi ke-4. Konfigurasi trikamera belakang dikekalkan seperti sebelumnya. OnePlus 12 ada kamera utama 50MP bertunjangkan sensor LYT-808 daripada Sony. Kemudian, ia ada kamera periskop 64MP dengan jarak fokal 3 kali zum optikal dan akhir sekali ia juga dilengkapi kamera ultralebar 48MP dengan jarak fokal 0.6 kali. Kamera selfie pula diberkan sensor 32MP dan tiada autofokus.

Komponen kamera dilihat menerima naik taraf yang signifikan. Selain daripada sensor LYT-808 pertama dalam telefon pintar, kamera periskop juga kini mengguna pakai periskop untuk mencapai jarak zum lebih jauh. Kamera ultralebar pula kini ada sensor lebih tinggi bilangan megapiksel daripada model sebelum ini begitu juga dengan kamera selfie.

Bateri berkapasiti 5,400mAh membekalkan tenaga kepada telefon ini. Ia boleh dicas pantas menggunakan blok pengecas 100W SuperVOOC yang dibekalkan di dalam kotak. Sementara itu, pengecasan wayarles juga ada dan ia menyokong pengecasan AirVOOC 50W. Berbanding model sebelum ini, model kali ini mempunya bateri 400mAh lebih besar. Tiada sebarang perubahan pada pengecasan berkabel tapi pengecasan wayarles yang diperkenalkan pada OnePlus 10 Pro tapi dibuang daripada OnePlus 11 kini kembali pada OnePlus 12.

Bacaan berkaitan

OnePlus tawar jaminan sepanjang hayat untuk telefon dengan skrin bermasalah

OnePlus Nord 3, jawapan untuk mereka yang mahu peranti flagship dan mampu milik

OnePlus Nord 3: Maklumat penjualannya di Malaysia

Tags: androidmobileOnePlusOnePlus 12oneplus 12r
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OnePlus 12 Malaysia: Sistem optik Hasselblad generasi 4 dan kapasiti luar biasa besar

OnePlus 12 Malaysia: Sistem optik Hasselblad generasi 4 dan kapasiti luar biasa besar

24 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER