• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama OnePlus

OnePlus 12R Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin ProXDR 120Hz berharga RM3,199

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:43 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
OnePlus 12R Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin ProXDR 120Hz berharga RM3,199
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah rasmi melancarkan siri OnePlus 12 di peringkat global. Dalam majlis yang berlangsung di India, OnePlus memperkenalkan dua varian dalam siri ini iaitu OnePlus 12 dan OnePlus 12R. Sejurus pelancarannya juga, OnePlus Malaysia turut mendedahkan siri OnePlus 12 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Harga dan ketersedian OnePlus 12R

Sementara tarikh ketersediaan OnePlus 12 telah didedahkan, OnePlus masih belum menyatakan tarikh ketersediaan bagi OnePlus 12R di Malaysia. Bagaimanapun, ia akan dijual dalam satu varian dan harga rasminya adalah seperti berikut:



  • OnePlus 12R (RAM 16GB dan storan 256GB) – RM3,199

Spesifikasi OnePlus 12R

Rekaan OnePlus 12R dapat dilihat sangat mirip seperti OnePlus 12. Tetapi OnePlus 12R tampil dengan skrin lebih kecil pada 6.78-inci menggunakan panel ProXDR AMOLED pada resolusi 2,780 x 1,264 piksel. Ia memiliki kadar penyegaran adaptif 1-120Hz dan panelnya boleh mencapai kecerahan puncak sehingga 4,500 nits, bersama sokongan HDR10+ dan Dolby Vision. Melindungi semua komponen skrin adalah kaca Corning Gorilla Victus 2.

Berbanding menggunakan cip flagship terbaru, OnePlus 12R ini dipasangkan cip flagship lama Snapdragon 8 Gen 2. Cip itu digabungkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman USF 4.0 seluas 256GB. Ia akan menjalankan sistem operasi OxygenOS 14 terkini berasaskan Android 14.



Seperti OnePlus 12, OnePlus turut melengkapkan OnePlus 12R dengan Trinity Engine untuk mengoptimumkan sistem operasinya bagi menawarkan keseluruhan prestasi lebih baik, terutamanya untuk gaming. Ia terdiri dari 6 komponen iaitu RAM Vitalization, CPU Vitalization, ROM Vitalization, HyperTouch, HyperBoost dan HyperRendering.

Selain itu, OnePlus 12R turut tampil dengan sistem pelesap haba baharu yang dipanggil Dual Cryo-velocity VC. Ia menggunakan dua vapor chamber lebih besar untuk meresap haba lebih efektif, serta menggunakan rekaan ‘Laval nozzle’ untuk mengurangkan rintangan dan meningkatkan kecekapan peraliran haba.

Mengenai sistem pengimejan, OnePlus 12R mengguna pakai tiga buah kamera di belakang, tetapi ia tidak dilengkapi dengan penjenamaan Hasselblad. Malah, ia tiada kamera telefoto. Ia merupakan kamera utama 50MP OIS memanfaatkan sensor Sony IMX890, kamera ultra lebar 8MP dan juga kamera makro 2MP. Untuk selfie, terdapat lubang kamera di skrin yang menggunakan sensor 16MP.

Kapasiti bateri yang lebih besar dimuatkan pada OnePlus 12R berbanding OnePlus 12, iaitu sebesar 5,500mAh yang menyokong pengecasan SuperVOOC 100W. Tetapi tiada sokongan pengecasan wayarles disediakan. Lagi ciri lain yang dilengkapi OnePlus 12R termasuk WiFi 7, Bluetooth 5.3, NFC, dan 5G. Ia tersedia dalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk OnePlus 12R.

Bacaan berkaitan

  • OnePlus 12 Malaysia: Sistem optik Hasselblad generasi 4 dan kapasiti luar biasa besar
  • OnePlus Nord 3: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • OnePlus 11: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia
Tags: OnePlusoneplus 12rOnePlus Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OnePlus 12R Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin ProXDR 120Hz berharga RM3,199

OnePlus 12R Malaysia: Snapdragon 8 Gen 2 dengan skrin ProXDR 120Hz berharga RM3,199

24 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER