• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:00 pm
  • 25/01/2023
  • Komen
Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah menjadualkan pelancaran OnePlus 11 di peringkat global pada 7 Februari 2023 ini. Menjelang tarikh pelancaran itu, sedikit demi sedikit maklumat rasmi tentangnya telah dikongsikan oleh pengeluar.

OnePlus 11

Untuk pasaran Malaysia, entri OnePlus 11 sudahpun berada dalam pengkalan data SIRIM yang menandakan pelancarannya di Malaysia juga semakin hampir.



@soyacincautiktok We've gotten early access to the latest flagship from OnePlus, the OnePlus 11. This is the unboxing #soyacincautiktok #sembanggadget #unboxing #OnePlus #oneplusmalaysia #oneplus11 #cloud11 #Hasselblad #ASMR #flagshipphone ♬ original sound – SoyaCincautiktok

Rekaan OnePlus 11 kekalkan DNA OnePlus 10T

OnePlus 11 dilihat mewarisi DNA rekaan OnePlus 10T dan OnePlus 10 Pro. Paling ketara adalah posisi modul kamera yang mempunyai kemasan berwarna perak. Pada badan yang Eternal Green ini, komponen kamera seperti telah dislot masuk ala telefon modular.

OnePlus 10 Pro
OnePlus 10T

Berbanding OnePlus 10T, modul kamera kali ini terletak di dalam bulatan.



OnePlus 11

Rekaan ini mungkin diinspirasikan daripada Honor Magic4 Pro, cuma bezanya, modul kamera flagshi Honor itu teletak di bahagian tengah. Kelihatan ada tiga buah kamera dan bulatan kecil keempat adalah tempat lampu LED yang akan menyala sewaktu gambar diambil dalam keadaan gelap.

Honor Magic4 Pro

Cap Hasselblad juga didapati kembali setelah ia menghilangkan diri daripada OnePlus 10T. Makanya, kita boleh jangkakan pengalaman kamera setara OnePlus 10 Pro sewaktu cap Hasselblad pada OnePlus mula-mula sekali diperkenalkan.

Lagi tentang kamera, iterasi kali ini meletakkan kamera di bahagian penjuru kiri paparan, seperti OnePlus 10 Pro berbanding di bahagian tengah pada OnePlus 10T.

Seperti kelazimannya, panel belakang diperbuat daripada kaca. Hampir pasti yang ia menggunakan Corning Gorilla Glass. Persoalannya adakah ia versi yang lebih baharu seperti Gorilla Glass Victus ataupun dikekalkan pada Gorilla Glass 5 bagi mengoptimumkan kos pengeluaran. Jadinya, sebahagian besar telefon ini dilapisi dengan kaca Corning Gorilla.

Satu masalah normal sebuah telefon berkemasan kaca adalah ia mudah comot dan perlu selalu dilap kecualilah anda menggunakan casing yang hadir bersamanya.

Kemudian, di kedua-dua sisi telefon, OnePlus menerapkan rekaan unibody yang kemas seperti yang sepatutnya sebuah flagship ada. Tempat pertemuan paparan dengan kerangka badan adalah hampir rata.

Sebanyak empat butang fizikal hadir pada OnePlus 11. Di bahagian kanan, anda boleh temui butang kuasa, kemudian suis mode yang menjadi ikon kepada telefon OnePlus.

Di bahagian kiri, anda dihidangkan dengan butang kawalan suara.

Lain-lain komponen masih boleh ditemuikan di tempat biasa. Anda boleh cari port USB-C di bahagian bawah dan disebelahnya ada slot kad SIM yang menyokong sehingga 2 kad slot. Jeriji speaker di bahagian bawah lebih besar berbanding bahagian atas.

OnePlus 11 sudahpun dijual di China

Sekiranya OnePlus 11 yang dilancarkan di China juga adalah yang sama yang akan dilancarkan di peringkat global dan akhirnya masuki Malaysia, anda bolehlah nantikan sebuah flagship dengan Snapdragon 8 Gen 2 tak lama lagi.

OnePlus 11 adalah sebuah telefon yang ada panel paparan sebesar 6.7”. Ia gunakan panel OLED dengan kadar segar semula dinamik antara 1 hingga 120Hz. Atas papan utama, selain Snapdragon 8 Gen 2, anda juga bakal temui RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB. Tangki bateri yang diberikan padanya mempunyai kapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 100W, lebih rendah berbanding 150W yang boleh ditemukan pada OnePlus 10T dahulu.

Di bahagian kamera, tiga buah kamera belakang masing-masing mempunyai tugasan tertentu disediakan. Kamera utamanya ada sensor 50MP dan dua lagi kamera adalah kamera ultralebar 48MP dan kamera telefoto 32MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 16MP.

Di China, berikut adalah harga jualan OnePlus 11:

  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY3,999 (RM2,551)
  • RAM 16GB + Storan 512GB – CNY4,899 (RM3,125)

Bacaan berkaitan

OnePlus 11 dalam pengkalan data SIRIM, pelancaran Malaysia semakin hampir?

OnePlus 11 muncul di China dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan label Hasselblad

Tags: androidOnePlusOnePlus 11telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

Ini cara berkesan untuk pastikan galeri telefon anda kekal kemas dari gambar sampah

7 Februari 2023

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

Pandangan awal OnePlus 11, flagship premium yang bakal masuki Malaysia

25 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER