• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 11 muncul di China dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan label Hasselblad

  • OLEH Najib
  • 1:46 pm
  • 05/01/2023
  • Komen
OnePlus 11 muncul di China dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan label Hasselblad
Share on FacebookShare on Twitter

Akhir tahun lepas, OnePlus telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar OnePlus 11 pada bulan Februari, di India. Tetapi kini ia telah rasmi diperkenal apabila pelancaran di China telah pun selesai dibuat.

Pelancaran ini memperkenal hanya satu model, OnePlus 11. Ia tidak membawakan nama Pro dan ini menjelaskan beberapa fungsi premium tidak terdapat padanya.



Spesifikasi OnePlus 11

Telefon pintar OnePlus 11 membawakan beberapa naik taraf daripada OnePlus 10 Pro dan OnePlus 10T yang dilancar tahun lepas. Paling utama, ia dilengkapi cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2 4nm. Bersamanya, ia dipadankan dengan RAM terbaru LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman UFS 4.0 yang lebih pantas daripada UFS 3.1.

Paparan premium dipasang pada OnePlus 11. Ia memiliki skrin melengkung AMOLED seluas 6.7-inci, beresolusi tinggi 3,216×1,440 pixels (525ppi), kadar penyegaran dinamik dari 1Hz sehingga 120hz serta tahap kecerahan setinggi 1,300 nits. Ia juga dibina dengan teknologi LTPO 3.0 yang mengurangkan penggunaan tenaga dan dilapisi kaca terbaik Corning Gorilla Glass Victus. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.



Jenama pakar kamera Hasselblad, terpampang besar di modul kamera belakang OnePlus 11. Kamera belakang ini gandingan tiga kamera iaitu kamera utama 50MP F1.8 dengan sensor Sony IMX890 dan penstabil imej optikal (OIS), kamera ultra lebar 48MP F2.2 Sony IMX581 serta kamera telefoto 32MP F2.0 IMX709 dengan keupayaan zum optikal 2x. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 16MP F2.4 dan dimuatkan di dalam lubang di sudut atas skrin.

Peningkatan pada bateri dilihat apabila kapasitinya ditambah kepada 5,000mAh, berbanding 4,800mAh di OnePlus 10T. Tetapi kuasa pengecas dilihat lebih perlahan, menyokong SuperVOOC 100W sahaja, lebih rendah daripada 150W di OnePlus 10T. Selaiun itu, OnePlus 11 juga tidak memiliki pengecasan wayarles, fungsi premium yang terdapat di OnePlus 10 Pro.

OnePlus 11 juga mengembalikan fungsi ikonik telefon OnePlus iaitu butang luncur fizikal yang dibuang pada OnePlus 10T. Selain itu, ia juga dipasang dengan speaker stereo yang menyokong teknologi bunyi Dolby Atmos. OnePlus 11 juga sedia terbina dengan 5G, WiFi 6, Bluetooth V5.3 dan NFC.

Sistem operasi pula menggunakan Oppo ColorOS 13 berasaskan Android 13. Sudah pasti, OS ini eksklusif di China sahaja dan OxygenOS akan digunakan untuk pasaran antarabangsa. OnePlus juga dijangka akan menjanjikan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun untuk OnePlus 11.

Satu lagi kekurangan OnePlus 11 adalah tiada pengiktirafan kalis air. Untuk OnePlus 10 Pro, ia kalis air dan debu IP68. Dalam pelancaran ini, terdapat dua warna disediakan untuk OnePlus dengan kemasan kaca di belakang, iaitu hijau dan hitam.

Harga OnePlus 11 di China

OnePlus menyediakan 3 varian OnePlus 11 untuk pasaran China dengan harga berikut:

  • OnePlus 11 (RAM 12GB + Storan 256GB) – CNY 3,999 (~RM2,558)
  • OnePlus 11 (RAM 16GB + Storan 256GB) – CNY 4,399 (~RM2,814)
  • OnePlus 11 (RAM 16GB + Storan 512GB) – CNY 4,899 (~RM3,134)

Harga ini sememangnya jauh lebih murah daripada harga pelancaran OnePlus 10 Pro tahun lepas, yang bermula daripada CNY4,699 (~RM3,006). Di Malaysia, OnePlus 10 Pro dilancarkan pada harga RM4,199 (RAM 12GB + storan 256GB).

Jika OnePlus 11 dengan spesifikasi yang sama dengan di China dilancar di Malaysia, dijangka harganya akan berada di antara RM3,000 ke RM4,000.

Bacaan Berkaitan

  • Telefon OnePlus terpilih akan tahan lebih lama dengan jaminan kemaskini sehingga 5 tahun
  • OnePlus 10T dilancar dengan prestasi tertinggi dan pengecasan terpantas di dunia
  • Harga rasmi OnePlus 10T diumum, hanya varian tertinggi dijual di Malaysia
  • OnePlus 10 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: OnePlusOnePlus 11
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
OnePlus 11 muncul di China dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan label Hasselblad

OnePlus 11 muncul di China dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan label Hasselblad

5 Januari 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

Guna cara ini untuk sambung telefon ke laptop dan lipat gandakan hasil kerja anda

30 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER