• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 10 Pro diumumkan di China, harga bermula RMB4,699

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:34 pm
  • 12/01/2022
  • Komen
OnePlus 10 Pro diumumkan di China, harga bermula RMB4,699
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi flagship 2022 masuki pasaran. OnePlus 10 Pro telah dilancarkan dalam pasaran China dan ia memperagakan cip terhebat Qualcomm, Snapdragon 8 Gen 1.

Harga OnePlus 10 Pro di China

Flagship 2022 OnePlus ini akan menemui pengguna seawal 13 Januari 2022 pada harga seperti berikut:



  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB4,699 (RM3,088)
  • RAM 8GB + storan 256GB – RMB4,999 (RM3,285)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB5,299 (RM3,482)

Untuk perbandingan, telefon paling berkuasa OnePlus di Malaysia, OnePlus 9 Pro 5G boleh didapati dalam pasaran kita pada harga RM4,299.

Spesifikasi OnePlus 10 Pro

OnePlus 10 Pro adalah sebuah telefon sebesar 6.7”. Ia diberikan paparan AMOLED LTPO 2.0 pada resolusi 1440Hz. Kadar segar semula yang disokong telefon ini adalah antara 1Hz hingga 120Hz bagi menjimatkan bateri. Atas papan utama, cip Snapdragon 8 Gen 1 memperkasakan telefon ini dengan dua varian dengan kombinasi RAM dan storan yang berbeza.



Di jabatan pengimejan, cap Hasselblad sekali lagi menghiasi modul kamera telefon ini. Kamera utamanya memperagakan sensor IMX789 dengan resolusi 48MP. Kamera ultralebar pula diberikan sensor Samsung JN1 50MP dengan lensa bersudut pandang seluas 150 darjah manakala dua kamera terakhir adalah kamera telefoto 3.3x 8MP dan satu lagi kamera selfie 32MP.

Dalam pembentangan produk, mereka mengetengahkan ciri yang dinamakan Hyperboost. Menggunakannya, teras-teras pada cip pemproses boleh ditetapkan untuk beroperasi pada kelajuan setinggi mungkin untuk pengoperasian yang lebih licin dan lancar.Bagi mengawal selia haba yang terhasil, mereka memaklumkan yang terdapat sistem penyejuk yang berkeluasan melebihi kertas A5 ataupun sekitar 340cm2.

Kesemua perkakasan elektronik telefon ini mengambil tenaga dariapda bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 80W. Sistem pengecasan tanpa wayar telefon ini mampu menerima tenaga pada kadar 50W.

Sumber: OnePlus

Bacaan berkaitan

Siri OnePlus 9 dilancar lebih mahal bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000 – SoyaCincau.com

Tags: androidOnePlusoneplus 10 proQualcommsnapdragon 8 gen 1telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER