• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri OnePlus 9 dilancar lebih mahal bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000

  • OLEH Najib
  • 2:08 pm
  • 17/05/2021
  • Komen
Siri OnePlus 9 dilancar lebih mahal bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus Malaysia hari ini mengesahkan ketibaan telefon pintar flagship terbaru mereka, siri OnePlus 9. Pelancaran telefon pintar ini turut diumumkan bersama jam pintar pertama mereka, OnePlus Watch.

Bagaimanapun, harganya tidak lagi mengejutkan kerana ia sudah diketahui sejak semalam. Kali ini, pengumuman harganya disahkan bersama kapasiti RAM dan storan. Serta tawaran khas berupa hadiah percuma untuk pembeli terawal.



Hanya satu varian dan warna untuk kedua-dua OnePlus 9 akan dijual di Malaysia untuk permulaan ini seperti berikut:

  • OnePlus 9 Astral Black (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • OnePlus 9 Pro Morning Mist (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM4,299

Tarikh pertama jualan dan hadiah percuma

Jualan hari pertama OnePlus 9 akan diadakan pada 18 Mei 2021 pukul 12 tengah malam, secara eksklusif di Stor Rasmi OnePlus di Shopee. Pembelian pada hari pertama ini akan datang bersama hadiah percuma berupa jaminan tambahan tahun kedua dan fon telinga OnePlus Buds Z.



Jualan di kedai fizikal pula akan bermula 22 Mei 2021 dan boleh didapati di beberapa penjual seperti DirectD, Senheng, Harvey Norman, Mobile2Go, dan Vivid Concept. Hadiah percuma yang sama disediakan, selagi stok masih ada.

Bagi OnePlus 9 Pro pula, jualan hari pertama akan diadakan pada 18 Mei 2021 bermula 12 tengah malam, eksklusif di Stor Rasmi OnePlus di Lazada. Jualan ini datang bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000 iaitu jaminan tambahan tahun kedua, serta hadiah istimewa peminat berupa fon telinga OnePlus Buds, pengecas OnePlus Warp Charge 65, pengecas wayarles OnePlus Warp Charge 50 dan casing OnePlus 9 Pro Karbon.

Spesifikasi

Telefon pintar OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dikuasakan oleh cip terbaik masakini, Qualcomm Snapdragon 888 serta RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W USB-C. Kamera hadapan juga sama, 16MP di dalam lubang di atas skrin.

Perbezaan adalah pada skrin dan kamera. Di OnePlus 9, ia memiliki skrin AMOLED rata, 6.55-inci HD Penuh 120Hz. Kamera belakang gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera potret 2MP.

Di OnePlus 9 Pro, skrinnya adalah AMOLED melengkung, 6.7-inci QuadHD 120Hz. Kamera belakang pula menggunakan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 8MP dan kamera monokrom 2MP.

Tags: OnePlusOnePlus 9OnePlus 9 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Siri OnePlus 9 dilancar lebih mahal bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000

Siri OnePlus 9 dilancar lebih mahal bersama hadiah percuma bernilai lebih RM1,000

17 Mei 2021
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER