• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga rasmi OnePlus 9 dan 9 Pro di Malaysia telah diketahui

  • OLEH Najib
  • 4:40 pm
  • 16/05/2021
  • Komen
OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Tinggal sehari lagi duo OnePlus 9 dan 9 Pro akan dilancarkan di Malaysia. Majlis pelancarannya telah dijadualkan pada 17 Mei 2021. Tetapi kini kita telah mengetahui harga rasmi di Malaysia untuk kedua-dua model telefon pintar flagship terbaru dari OnePlus.

Laman produk rasmi OnePlus telah menyenaraikan harga untuk OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro. Bagi OnePlus 9, ia diletakkan harga RM3,699 manakala OnePlus 9 Pro memiliki harga RM4,299. Tetapi harga ini tidak dilabelkan dengan jumlah RAM dan storan yang tepat. Ini kerana senarai spesifikasi meletakkan pilihan RAM antara 8GB dan 12GB, serta storan antara 128GB dan 256GB.



Walaubagaimanapun, harga ini jauh lebih mahal dari harga pelancaran OnePlus 8, OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8T, walaupun dengan konfigurasi tertinggi RAM 12GB dan storan 256GB.

Bagi warna, terdapat 3 pilihan disenraikan untuk OnePlus 9 iaitu Arctic Sky, Astral Black dan Winter Mist. Sama juga untuk OnePlus 9 Pro, ada 3 warna boleh dipilih tetapi berbeza iaitu Pine Green, Stellar Black dan Morning Mist.



  • OnePlus 9
  • OnePlus 9 Pro

Perkara ini akan dapat dipastikan sewaktu majlis pelancaran siri OnePlus 9 di Malaysia, yang akan diadakan menerusi Facebook OnePlus Malaysia dan YouTube OnePlus Malaysia pada hari esok, 17 Mei 2021 pukul 12 tengah hari.

Telefon pintar OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro dikuasakan oleh cip terbaik masakini, Qualcomm Snapdragon 888 serta RAM LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Baterinya berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W USB-C. Kamera hadapan juga sama, 16MP di dalam lubang di atas skrin.

Perbezaan adalah pada skrin dan kamera. Di OnePlus 9, ia memiliki skrin AMOLED rata, 6.55-inci HD Penuh 120Hz. Kamera belakang gabungan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera potret 2MP.

Di OnePlus 9 Pro, skrinnya adalah AMOLED melengkung, 6.7-inci QuadHD 120Hz. Kamera belakang pula menggunakan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 50MP, kamera telefoto 8MP dan kamera monokrom 2MP.

Terima kasih Joshua Wong atas makluman menerusi Facebook Group RKMD.

Kenali lebih lanjut tentang siri OnePlus 9 di dalam artikel kami di bawah.

OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu
Tags: OnePlusOnePlus 9OnePlus 9 Pro
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus 9 dan 9 Pro: Semua perkara yang anda perlu tahu

Harga rasmi OnePlus 9 dan 9 Pro di Malaysia telah diketahui

16 May 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN