Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

OnePlus 8 | 8 Pro: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

OnePlus Malaysia sudah menerbitkan harga rasmi flagship terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia. Mereka mengumumkan sekaligus, harga OnePlus 8 Pro dan OnePlus 8 yang mungkin menandakan ia bakal dibawa masuk serentak.

Harga jualan siri OnePlus di Malaysia adalah seperti berikut:

  • OnePlus 8 (8GB RAM + 128GB ROM) – RM2899
  • OnePlus 8 (12GB RAM + 256GB ROM) – RM3299
  • OnePlus 8 Pro (8GB RAM + 128GB ROM) – RM3699
  • OnePlus 8 Pro (12GB RAM + 256GB ROM) – RM4099

Dalam siri kali ini, OnePlus membawa masuk dua varian untuk setiap satu model. Jadi untuk kedua-dua model, anda boleh dapatkannya dalam kombinasi sama ada 8+128 ataupun 12+256.

Untuk perbandingan, OnePlus 7T Pro dijual di Malaysia pada harga RM3,399 dan hanya satu varian saja ditawarkan iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Begitu juga dengan OnePlus 7T. Ia masuki Malaysia dalam bulan Oktober 2019 pada harga RM2,599 untuk varian RAM 8GB dan storan 128GB.

Tarikh tempahan dibukan tidak pula dikongsikan pihak pengeluarnya tapi ia boleh dilakukan di Lazada dan juga Shopee kelak. Setiap tempahan awal akan menerima pemberian bernilai RM499 yang merangkumi jaminan 2 tahun, jaminan skrin pecah 1 tahun, dan limited pop up gift pack.

OnePlus 8 Pro

Telefon ini sangat mirip kepada Oppo Find X2 Pro. Ia diperkasa Sapdragon 865 5G yang bergandingan dengan kombinasi RAM dan storan sama ada 8+128GB ataupun 12+256GB. Ia miliki paparan antara yang terbaik dalam industri setakat ini dengan refresh rate setinggi 120Hz dan resolusi QHD+ sebesar 6.78”.

Ia akhirnya ada pengecasan wayarles dan kalis air. Untuk kamera, ia ada kuadkamera belakang yang meggabungkan kamera 48MP,48MP (ultralebar), 8MP (telefoto), dan sensor 5MP. Untuk selfie, ia diberikan kamera 16MP.

BACA  Keluarga Mi 10T tiba di Malaysia dengan harga luar biasa dan hadiah Mi TV 55"

Bateri OnePlus 8 Pro agak besar. Ia miliki bateri 4,510mAh dengan pengecasan pantas 30W sama ada menggunakan kabel ataupun wayarles.

OnePlus 8

Ini adalah telefon flagship kompak yang berkuasa. Paparannya sedikit keci, pada 6.55” tapi panelnya sekuasa OnePlus 8 Pro. Atas papan utama, komponennya adalah sama seperti versi Pro. Anda beroleh SoC Snapdragon 865 5G dan konfigurasi RAM dan storan 8+128GB dan 12+256GB.

Baterinya sedikit kecil tapi tetap besar untuk standard 2020. Ia ada bateri 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 30W tapi tiada fungsi pengecasan wayarles.

Di bahagian pengimejan, ia ada trikamera belakang yang menggabungkan kamera 48MP, 16MP (ultralebar), dan kamera 2MP (makro). Selfie pula diambil melalui kamera 16MP.

Telefon ini tidak kalis air IP68 seperti versi yang lebih mahal.