• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 11 dalam pengkalan data SIRIM, pelancaran Malaysia semakin hampir?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:15 pm
  • 19/01/2023
  • Komen
OnePlus 11 dalam pengkalan data SIRIM, pelancaran Malaysia semakin hampir?
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus 11 telah dilancarkan di China 4 Januari 2023 lalu dan pelancaran globalnya dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2023 nanti. Sementara menunggu pelancaran globalnya, anda mungkin berminat untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam pasaran Malaysia.

Didapati yang terdapat entri OnePlus 11 dalam pengkalan data SIRIM bersama-sama OnePlus Buds Pro 2. Sekiranya sudah berada dalam pengkalan data dan mendapat kelulusan, pastinya ia akan tiba di Malaysia.



Sekiranya OnePlus 11 yang dilancarkan di China juga adalah yang sama yang akan dilancarkan di peringkat global dan akhirnya masuki Malaysia, anda bolehlah nantikan sebuah flagship dengan Snapdragon 8 Gen 2 tak lama lagi.

OnePlus 11 adalah sebuah telefon yang ada panel paparan sebesar 6.7”. Ia gunakan panel OLED dengan kadar segar semula dinamik antara 1 hingga 120Hz. Atas papan utama, selain Snapdragon 8 Gen 2, anda juga bakal temui RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.



Tangki bateri yang diberikan padanya mempunyai kapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 100W, lebih rendah berbanding 150W yang boleh ditemukan pada OnePlus 10T dahulu.

Di bahagian kamera, tiga buah kamera belakang masing-masing mempunyai tugasan tertentu disediakan. Kamera utamanya ada sensor 50MP dan dua lagi kamera adalah kamera ultralebar 48MP dan kamera telefoto 32MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 16MP.

Di China, berikut adalah harga jualan OnePlus 11:

  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY3,999 (RM2,551)
  • RAM 16GB + Storan 512GB – CNY4,899 (RM3,125)

Bersama-sama OnePlus 11, disertakan sekali OnePlus Buds Pro 2. Ia dibangunkan dengan kerjasama Dynaudio. Fon putik ini dilengkapi dwipemacu audio setiap satu sebesar 6mm untuk mengendalikan frekuensi yang berbeza. Ia dikatakan memiliki hayat bateri sehingga 39 jam lamanya tapi sudah tentu dengan bantuan bekas penyimpanannya.

Tags: androidOnePlusOnePlus 11oneplus buds pro 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
OnePlus 11 dalam pengkalan data SIRIM, pelancaran Malaysia semakin hampir?

OnePlus 11 dalam pengkalan data SIRIM, pelancaran Malaysia semakin hampir?

19 Januari 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER