• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tangkap gambar warisan Malaysia secara kreatif & menang Vivo X100

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:15 pm
  • 24/01/2024
  • Komen
Kamera telefon anda mampu tangkap gambar macam ini? Flagship vivo siri X100 boleh
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia sememangnya sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warisan dan salah satu cara untuk mengabadikan warisan tersebut adalah dengan melalui foto. 

Menerusi peraduan fotografi eksklusif Vivo Malaysia “Merakam Warisan Malaysia Melalui Lensa Anda” (Capturing Malaysia Heritage Through Your Lens) yang menawarkan peluang untuk memenangi Vivo X100 5G itu, anda bukan sahaja dapat merakam warisan negara, tetapi dalam masa sama menyelami budaya Malaysia.



240124 Vivo X100 Peraduan Warisan Malaysia

Ini kerana peraduan tersebut menggalakkan peserta menerokai nadi negara, merakam initipatinya secara kreatif, mendokumentasikan keajaiban budaya, landskap semula jadi yang menakjubkan serta khazanah masakan yang menarik.

Tema warisan Malaysia berbeza-beza

Peraduan yang akan berlangsung selama empat minggu, bermula 15 Januari hingga 11 Februari 2024, akan menampilkan tema yang berbeza-beza, seperti:



  • Minggu 1: 15 Januari – 21 Januari 2024, tema Bangunan Budaya Malaysia 
  • Minggu 2: 22 Januari – 28 Januari 2024, tema Pemandangan Alam Malaysia
  • Minggu 3: 29 Januari – 4 Februari 2024, tema Potret Kepelbagaian Malaysia
  • Minggu 4: 5 Februari – 11 Februari 2024, tema Makanan Tempatan Malaysia

3 langkah menyertainya

Berminat untuk menyertainya?

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyertai peraduan vivo ‘Merakam Warisan Malaysia Melalui Lensa Anda’:

  1. Rakam gambar  warian Malaysia menggunakan sebarang peranti mengikut tema mingguan (pengguna Vivo digalakkan untuk menghidupkan tera air).
  2. Kongsikan gambar di mana-mana platform media sosial. Pastikan anda memasukkan tanda pagar #vivoX100Series #PhotographyRedefined #X100CapturingMalaysiaThroughTheLens.
  3. Tag dua rakan dalam komen di bawah hantaran gambar tersebut, ajak mereka menyertai peraduan itu.
240124 Vivo X100 Peraduan Warisan Malaysia

Untuk mendapatkan gambar yang menarik, anda juga boleh menggunakan Vivo X100 dengan teknologi Kamera Telefoto ZEISS yang telah dilancarkan di Malaysia pada 3 Januari 2024 lepas. 

Vivo X100 ditunjangi cip pemproses Mediatek Dimensity 9300. Telefon ini menjalankan sistem operasi Funtouch OS 14 berasaskan Android 14.

Bahagian optik, kamera utama telefon ini menggunakan sensor 50MP manakala kamera telefoto menggunakan sensor 64MP. Akhir sekali, ia juga ada kamera ultralebar 50MP di samping kamera selfie 32MP.

Vivo X100 mempunyai sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecas FlashCharge 120W. Harga untuk Vivo X100 (16GB + 256GB) adalah RM3,499.

Ikuti perkembangan terkini dengan promosi dan spesifikasi produk terkini di laman web dan Facebook rasmi vivo Malaysia.

Bacaan berkaitan:

  • Siri Vivo X100 Pro Malaysia: Flagship 2024 dengan Dimensity 9300, cip Vivo v3, dan banyak lagi
  • Kamera telefon anda mampu tangkap gambar macam ini? Flagship vivo siri X100 boleh
  • Bintang baharu Vivo Y27s dijual mulai 25 November, cas 30% dalam 15 minit sahaja
Tags: ​ Vivo Malaysiabudaya MalaysiavivoVivo X100warisan Malaysia
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Kamera telefon anda mampu tangkap gambar macam ini? Flagship vivo siri X100 boleh

Tangkap gambar warisan Malaysia secara kreatif & menang Vivo X100

24 January 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER