• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Smart 8 Pro, telefon sangat murah akan dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:51 pm
  • 26/01/2024
  • Komen
Infinix Smart 8 Pro, telefon sangat murah akan dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix Malaysia mahu membuat penampilan pertama mereka bagi tahun 2024 dengan melancarkan sebuah telefon baru yang sangat mampu milik. Dikenali sebagai Infinix Smart 8 Pro, telefon ini diiklankan sebagai sebuah telefon yang lebih jelas, lebih laju dan lebih bateri.

Ini adalah model kedua dalam siri Smart yang dilancar di Malaysia, selepas Infinix Smart 6 muncul dua tahun lepas. Dengan model terbaru ini, Smart 8 Pro membawakan prestasi lancar dengan RAM besar 4GB dan storan luar 128GB, pada harga yang dikhabarkan sangat murah.



Infinix Smart 8 Pro akan dilancar di Malaysia pada hari Rabu, 31 Januari 2024. Pastinya harga rasmi akan diumum pada majlis pelancaran tersebut.

Harga Infinix Smart 8 Pro

Bagaimanapun, sudah ada pengedar peranti di Malaysia berkongsikan harga dan spesifikasi mengenai telefon baru Infinix yang belum dilancar ini. Antaranya Mobile 2 Go yang menunjukkan harga jualan Infinix Smart 8 Pro adalah RM399, dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Ia juga dijamin selama 1 tahun oleh Infinix Malaysia.



Terdapat empat warna Infinix Smart 8 Pro disenaraikan di laman web Mobile 2 Go iaitu hitam, pelangi, putih dan emas. Melihatkan spesifikasinya, tidak menghairankan jika RM399 akan diumumkan sebagai harga rasmi Infinix Smart 8 Pro pada 31 Januari nanti.

Spesifikasi Infinix Smart 8 Pro

Jika harganya di bawah RM400, sudah pasti tidak boleh menjangkakan prestasi yang tinggi padanya. Perkara ini boleh disahkan menerusi laman spesifikasi Infinix Smart 8 Pro di Infinix Sri Lanka.

Telefon mampu milik Infinix ini dikuasakan cip Mediatek Helio G36, dengan 8-teras Cortex A53 yang jimat tenaga berkelajuan sehingga 2.2Ghz. Ia disertakan RAM LPDDR4X sebanyak 4GB tetapi boleh diluaskan secara maya sehingga 8GB. Storan pula seluas 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 2TB.

Skrinnya jenis LCD berukuran 6.6-inci, memiliki resolusi HD 720p, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan setinggi 500 nits. Pengimbas capjari ada di sisi. Kecanggihan skrin ini adalah pada lubang kecil di atas yang ada fungsi Dynamic Island iPhone 15. Tetapi Infinix menggelarnya ‘Interactive Punch-Hole Screen’. Ia boleh membesar untuk memaparkan notis seperti status mengecas dan panggilan.

Lubang kecil di atas ini juga memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang kelihatan ada 2 kamera. Tetapi ia hanyalah kamera utama 50MP F1.85 dan kamera kedua dipanggil kamera AI.

Walaupun hanya ada speaker mono, Infinix menyatakan speaker di Smart 8 Pro sangat lantang, sehingga 200% lebih kuat daripada biasa. Ia juga memiliki jek audio 3.5mm jika ada yang perlukannya.

Bateri di dalam telefon ini berkapasiti 5,000mAh dan ia boleh mengecas menerusi USB-C dengan kuasa sehingga 10W sahaja. Sistem operasi Android 13 Go dilapisi XOS 13, digunakan pada Infinix Smart 8 Pro.

Nantikan pelancarannya pada 31 Januari 2024 untuk lebih banyak maklumat.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Hot 30 dan Hot 30i diganda storan & RAM, harga kekal tapi ada diskaun RM100
  • Infinix lancar siri Hot 40, hadir dengan Dynamic Island dan kamera utama 108MP
  • Infinix Zero 30 5G dilancar di Malaysia, mampu merekod 4K 60FPS pada harga RM1,299
Tags: InfinixInfinix Smart 8 PromobileSmart 8 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Smart 8 Pro, telefon sangat murah akan dilancar di Malaysia

Infinix Smart 8 Pro, telefon sangat murah akan dilancar di Malaysia

26 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER