• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jom naik trem tanpa landasan ART di Putrajaya, 4 hari perjalanan percuma

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:25 pm
  • 26/01/2024
  • Komen
240126 Putrajaya Trem Tanpa Landasan ART
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Terbuka Putrajaya, orang ramai akan dapat menaiki trem tanpa landasan, Transit Aliran Automatik (ART) secara percuma selama 4 hari di Putrajaya pada 1 hingga 4 Februari 2024 nanti.

Projek rintis trem tanpa landasan

Pengumuman yang dibuat Perbadanan Putrajaya (PPJ) melalui Facebook dan Instagram, juga memaklumkan akan memulakan projek rintis trem ART yang akan berlangsung sehingga Disember 2024.



View this post on Instagram

A post shared by Perbadanan Putrajaya 🇲🇾 (@perbadananputrajaya)

Walaupun telah mengumumkan akan memulakan projek rintisnya pada bulan Februari nanti, tetapi setakat ini tiada maklumat lain yang dikongsikan PPJ berkaitan projek tersebut seperti laluan trem dan spesifikasi teknikalnya.

PPJ ada berkongsikan dua imej trem ART, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan menjadi unit sebenar yang akan diuji nanti atau tidak. Malah kedua-dua imej yang dipaparkan merupakan trem yang diguna semasa percubaan trem ART di Iskandar Malaysia di Johor beberapa tahun lepas.



Percubaan trem ART di Malaysia

240126 Putrajaya Trem Tanpa Landasan ART

Seperti dinyatakan di atas, sesi percubaan awam trem ART yang akan dilakukan di Putrajaya bukanlah yang pertama kali di Malaysia. Selain percubaan di Johor, trem ART juga telah dipilih sebagai asas projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) di Sarawak.

Sarawak Metro baru-baru ini telah menyelesaikan ujian bukti konsep di Kuching menggunakan prototaip kenderaan ART. Operasi sebenar armada KUTS ART berkuasa hidrogen dijadualkan bermula Q4 2025.​

Bacaan berkaitan:

  • MRT Putrajaya dah beroperasi sepenuhnya! Semak dulu semua perkara ini sebelum anda menaikinya
  • Perlu ke KLIA? Guna MRT laluan Putrajaya untuk lebih jimat
  • MRT 2 Kwasa Damansara – Putrajaya Sentral akan dibuka 16 Mac 2023 jam 3 petang
Tags: perbadanan PutrajayaPPJPutrajaya ARTTransit Aliran Automatiktrem ARTTrem tanpa landasan
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240126 Putrajaya Trem Tanpa Landasan ART

Jom naik trem tanpa landasan ART di Putrajaya, 4 hari perjalanan percuma

26 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER