• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xbox Series X terima pensijilan SIRIM, jangan gembira sangat

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:19 pm
  • 26/01/2024
  • Komen
Xbox Series X terima pensijilan SIRIM, jangan gembira sangat
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2024 menandakan tahun ke-23 Microsoft Xbox berada dalam pasaran Malaysia. Tidak seperti pesaingnya PlayStation, Xbox tidak pernah masuki Malaysia secara rasmi. Namun, ia mungkin berubah berdasarkan apa yang ditemui dalam pengkalan data SIRIM.

Xbox Series X terima sijil SIRIM

Untitled

Carian ringkas di laman SIRIM menunjukkan bahawa Xbox Series X telah menerima kelulusan SIRIM pada 20 Disember 2023 yang lalu. Pemeriksaan ini dilakukan selepas seorang pengguna di Indonesia mendapati bahawa konsol permainan yang sama turut menerima kelulusan daripada pihak berkuasa Indonesia.



Untitled

Selain Xbox Series X, varian Series S juga didapati menerima kelulusan sekitar bulan Ogos 2020 namun sehingga kini tiada khabar berita penjualan secara rasminya di Malaysia. Ia menunjukkan bahawa kelulusan SIRIM bukanlah penanda yang ia akan dijual di Malaysia.

Konsol Xbox yang ada di Malaysia semuanya set import

Sekiranya anda katakan yang ada banyak jualan Xbox dalam pasaran Malaysia, ia sebenarnya bukanlah set rasmi. Negara terhampir dengan Malaysia yang menjual Xbox secara rasmi adalah Singapura dan berkemungkinan besar unit yang dijual tersebut datang daripada sana.



Malahan, Singapura adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara tempat Xbox dijual secara rasmi sejak Mac 2006. Tidak hairanlah pengguna di Indonesia pun teruja dengan berita ini.

Ini beberapa produk Xbox yang ada di Malaysia

Memang konsol permainan Xbox tiada di Malaysia, namun servis lain ada. Contohnya, PC Game Pass. Sekiranya anda mempunyai gaming PC, ande bolehlah langgan PC Game Pass untuk bermain ratusan katalog permainan yang disediakan pada harga langganan RM15/bulan.

Sumber

Kemudian, dalam bulan Oktober 2023 lalu, Xbox mengumumkan penjualan Xbox Wireless Controller versi baharu dalam pasaran Malaysia pada harga serendah RM319.

Tags: Microsoftmicrosoft xboxmicrosoft xbox series xXBOX SERIES X
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xbox Series X terima pensijilan SIRIM, jangan gembira sangat

Xbox Series X terima pensijilan SIRIM, jangan gembira sangat

26 January 2024
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN