• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nintendo Switch 2 dijangka lancar tahun ini dengan skrin 8 inci, tapi bukan OLED

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:17 pm
  • 28/01/2024
  • Komen
Nintendo Switch baru akan tiba sebelum Hari Krismas 2021?
Share on FacebookShare on Twitter

Berita berkenaan model Nintendo Switch seterusnya telah bertiup kencang buat seketika. Terbaharu, telah terdapat laporan mengatakan Switch terbaharu yang mungkin dikenali sebagai Switch 2, akan dilancarkan sekitar 2024 dan dijangka akan menampilkan dengan skrin yang lebih besar pada 8-inci. Ini lebih besar berbanding 6.2-inci pada model Switch biasa dan 7-inci pada Switch OLED.

Laporan tersebut memetik kenyataan oleh penganalisis Omdia, Hiroshi Hayase. Dia juga mendakwa Nintendo Switch yang bakal dilancar ini dipercayai akan menggandakan pengeluaran paparan yang dipanggil “paparan hiburan” pada tahun 2024. Dengan ini, ia akan menggantikan model Switch lama yang berusia tujuh tahun, dan juga model OLED yang diperkenal pada tahun 2021.



Switch terbaru mungkin guna LCD berbanding OLED

Mungkin ramai yang menjangkakan Switch 2 akan mengikut jejak model OLED. Tetapi, kelihatan Switch 2 terbaru ini akan menggunakan skrin LCD berbanding OLED seperti yang terdapat model sedia ada. Ini adalah kerana, Sharp mendedahkan mereka telah membekalkan Nintendo dengan paparan LCD untuk Switch 2 akan datang sejak Mei tahun lalu.

Tidak dinafikan model Switch OLED dapat menawarkan pengalaman gaming yang lebih baik, kerana dapat berikan kualiti warna lebih cantik bersama warna hitam lebih gelap. Agak mengejutkan model Switch seterusnya mungkin akan kembali menggunakan skrin LCD.



Walau bagaimanapun, ini mungkin adalah langkah Nintendo untuk memperkenalkan versi LCD terlebih dahulu, dan kemudian memperkenalkan pula versi OLED, sepertimana yang dilakukan sebelum ini. Peningkatan saiz skrin juga menunjukkan Switch terbaru ini akan ada skrin lebih besar berbanding pesaingnya seperti Steam Deck, Asus ROG Ally dan AYANEO yang berukuran 7-inci.

Setakat ini, masih tiada maklumat yang jelas bilakah Switch 2 akan dilancar dan juga perkakas dalaman yang mungkin digunakan. Tetapi, terdapat khabar angin mengatakan NVIDIA membekalkan GPU untuk Switch akan datang, bersama sokongan DLSS dan ray tracing.

[Sumber: SoyaCincau / Bloomberg]

Bacaan berkaitan

  • Nintendo tawar servis baiki percuma sepanjang hayat untuk isu Joy-Con Drift
    Jualan Nintendo Switch cecah 122.55 juta menunjukkan ianya disukai ramai
  • iOS 16 sokong Pro Controller dan Joy-Con Nintendo secara natif
Tags: lcdnintendonintendo switchnintendo switch oled
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Nintendo Switch baru akan tiba sebelum Hari Krismas 2021?

Nintendo Switch 2 dijangka lancar tahun ini dengan skrin 8 inci, tapi bukan OLED

28 January 2024
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN