• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple didakwa main kotor di EU, pematuhan DMA hanya ilusi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:09 am
  • 30/01/2024
  • Komen
iPhone 15 Pro lebih berkuasa main game, ada kamera telefoto 10x zum dan USB-C terpantas
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify telah mendakwa yang Apple main kotor apabila berpura-pura mematuhi Digital Markets Act (DMA) dalam pasaran Eropah tapi sebenarnya bertindak bertentangan dengan objektif yang ingin dicapai oleh akta tersebut. Salah satu daripadanya adalah melalui pengenalan bayaran Technology Core sebanyak EUR0.50 hanya untuk pembangun aplikasi iOS dalam pasaran EU.

Apple benar gedung aplikasi pihak ketiga di iOS bersama 2 lagi perubahan lain



Ia katanya membebankan pembangun sedia ada kerana kos operasi kini meningkat disamping komisen sebanyak 17% yang masih perlu dibayar untuk semua transaksi yang berlaku di dalam aplikasi mereka.. Sekiranya tidak, mereka boleh kekal dengan polisi sedia ada iaitu komisen 30% kepada Apple. Perkara ini dilihat seperti Apple menekan pembangun untuk kekal di status kuo.

Berbalik kepada bayaran Technology Core, Spotify mengatakan yang pemasangan aplikasi mereka berlegar-legar sekitar 100 juta hanya untuk pasaran EU. Berdasarkan sampel pengiraan yang diilustrasikan Apple, pemasangan 1.2 juta dalam kategori first annual install diterjemahkan kepada EUR8,300 bayaran Technology Core sebulan. Untuk 100 juta, Spotify melihat amaun sebanyak EUR830,000/bulan.



Rungutan Spotify terhadap Apple bukanlah perkara baharu. Dalam utusan mereka dalam tahun 2019 dulu pun mereka telah mengutuskan bantahan rasmi kepada pihak EU kerana mendakwa Apple menyalah guna kuasa. Salah satu contoh yang diberikan adalah komisen 30% yang dikutip adalah terlalu tinggi sehinggakan Spotify perlu menaikkan harga langganan melebihi Apple Music dan dilihat mereka sebagai antipersaingan.

Spotify bukan satu-satunya syarikat yang tak berpuas hati dengan Apple. Epic Games juga lantang bersuara tentang isu ini satu ketika dulu. Dalam tahun 2020, permainan Fortnite hasilan mereka telah ditendang keluar kerana Epic Games tidak mahu menggunakan sistem pembayaran dalam talian Apple kerana didakwa mengenakan komisen terlalu tinggi. Fortnite sehingga hari ini masih tiada di platform iOS.

Namun, selepas pengumuman iOS membenarkan gedung aplikasi pihak ketiga, Epic Games terus mengumumkan yang ia akan kembali ke sistem operasi itu.

Sumber: Spotify

Tags: appleSpotify
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
iPhone 15 Pro lebih berkuasa main game, ada kamera telefoto 10x zum dan USB-C terpantas

Apple didakwa main kotor di EU, pematuhan DMA hanya ilusi

30 January 2024
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN