• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

AppleCare+ kini tersedia untuk iPhone, Apple Watch dan AirPods di Malaysia

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 12:46 pm
  • 30/01/2024
  • Komen
240130 AppleCare+
Share on FacebookShare on Twitter

Apple akhirnya menawarkan AppleCare+ kepada lebih banyak produk di Malaysia dan ia kini meliputi iPhone, Apple Watch, AirPods dan Apple Displays. Selain melanjutkan waranti dan sokongan peranti, AppleCare+ turut menyediakan perlindungan tambahan terhadap kerosakan yang tidak disengajakan.

Sebelum ini, AppleCare+ di Malaysia hanya tersedia untuk produk MacBook, iPad dan Apple TV. Ia menyebabkan kebanyakan pembeli perlu memilih pelan perlindungan peranti pihak ketiga daripada pelbagai pengedar yang dibenarkan seperti Machines Protection Plan, Sure Service Plan Switch dan Product Care Harvey Norman.



Apa itu AppleCare+?

240130 AppleCare+
Pelan Perlindungan AppleCare+ yang ditawarkan di Malaysia

Kebiasaannya produk Apple seperti iPhone, iPad, MacBook, AirPods dan Apple Watch akan disertakan dengan 1 tahun waranti standard dan hingga 90 hari sokongan teknikal percuma.

Bagi mendapatkan lebih ketenangan fikiran, AppleCare+ akan melanjutkan perlindungan waranti peranti anda hingga 3 tahun dan ia disertakan dengan perlindungan kerosakan fizikal tanpa had dengan bayaran perkhidmatan tetap.



Selain itu, AppleCare+ juga menyediakan liputan perkhidmatan bateri. Ini bermakna anda layak mendapatkan servis atau penggantian jika tahap kesihatan bateri menurun di bawah 80% daripada kapasiti asalnya.

Untuk insiden tertentu, Apple mungkin menawarkan Perkhidmatan Penggantian Ekspres yang membolehkan anda menukar peranti tanpa perlu menunggu pembaikan. Namun, satu perkara yang perlu diberi perhatian, peranti gantian mungkin mengandungi perkakasan Apple tulen baharu atau terpakai yang telah diuji dan melepasi keperluan fungsi Apple.

AppleCare+ iPhone bermula dari RM379

240130 AppleCare+
AppleCare+ untuk iPhone di Malaysia

Jika anda menggunakan iPhone, pelan AppleCare+ memanjangkan tempoh waranti telefon kepada 2 tahun dari tarikh pembelian AppleCare+. Ia juga disertakan dengan perlindungan kerosakan yang tidak disengajakan serta perlindungan bateri tanpa had.

Bayaran perkhidmatan RM139 akan dikenakan oleh Apple untuk kerosakan skrin atau kaca belakang, manakala kerosakan lain akan dikenakan bayaran sebanyak RM469. Pelan itu tersedia untuk iPhone SE generasi ke-3, iPhone 13 dan ke atas.

240130 AppleCare+
Anggaran harga pembaikan untuk iPhone 15 Pro Max dengan dan tanpa AppleCare+

Berikut adalah harga AppleCare+ untuk iPhone di Malaysia:

  • iPhone SE (generasi ke-3) – RM379
  • iPhone 13, iPhone 14 dan iPhone 15 – RM699
  • iPhone 14 Plus, iPhone 15 Plus – RM799
  • iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max – RM899

AppleCare+ Apple Watch bermula dari RM249

240130 AppleCare+
AppleCare+ untuk Apple Watch

Pengguna Apple Watch boleh melanjutkan tempoh waranti jam pintar dengan AppleCare+ kepada 2 tahun, atau hingga 3 tahun bagi Apple Watch Edition atau Apple Watch Hermes.

Bagi setiap pembaikan, Apple akan mengenakan bayaran perkhidmatan RM329 untuk Apple Watch dan Apple Watch Nike. RM379 pula akan dikenakan sebagai bayaran perkhidmatan untuk Apple Watch Ultra, Apple Watch Edition dan Apple Watch Hermes.

240130 AppleCare+
Anggaran bayaran pembaikan Apple Watch Ultra dengan dan tanpa AppleCare+

Berikut ialah bayaran AppleCare+ untuk Apple Watch di Malaysia:

  • Apple Watch SE – RM249
  • Apple Watch 9 – RM379
  • Apple Watch Ultra 2 – RM469
  • Apple Watch Hermes – RM699

AppleCare+ AirPods bermula dari RM199

240130 AppleCare+
AppleCare+ untuk AirPods

AppleCare+ juga tersedia untuk rangkaian penuh AirPods termasuk fon kepala Beats. Anda boleh melanjutkan  tempah 1 tahun waranti standard kepada 2 tahun dan nikmati perlindungan kerosakan yang tidak disengajakan serta perlindungan bateri tanpa had. Setiap perkhidmatan akan dikenakan bayaran sebanyak RM139.

240130 AppleCare+
Anggaran bayaran pembaikan untuk AirPods Max dengan dan tanpa AppleCare+

AppleCare+ untuk AirPods, AirPods Pro dan Beats berharga RM199, manakala harga bagi perlindungan AppleCare+ AirPoids Max RM399.

AppleCare+ Apple Display bermula dari RM699

240130 AppleCare+
AppleCare+ untuk Apple Display

Apple juga menawarkan AppleCare+ untuk Apple Studio Display dan Pro Display XDR. Pelan perlindungan itu akan memanjangkan tempoh waranti kepada 3 tahun yang merangkumi perlindungan kerosakan yang tidak disengajakan tanpa had.

Dengan pelan tersebut, bayaran perkhidmatan berharga RM469 untuk kerosakan skrin atau kerosakan fizikal luaran. Bagi kerosakan lain, ia akan menelan bayaran RM1,429.

Pelan AppleCare+ berharga RM699 untuk Apple Studio Display dan RM2,299 untuk Pro Display XDR.

Cara dapatkan AppleCare+ untuk produk Apple di Malaysia

AppleCare+ boleh ditambah semasa pembelian peranti Apple baharu anda. Sekiranya terlupa, anda boleh membelinya kemudian tetapi mestilah dalam tempoh masa 60 hari dari tarikh pembelian asal. Namun diagnostik jauh perlu dilakukan untuk memastikan kelayakan peranti anda.

Untuk iPhone, masuk ke bahagian Tetapan peranti > Umum > Perihal dan klik “Tambah liputan AppleCare+”. Sebagai alternatif, anda boleh menambah AppleCare+ secara atas talian di sini.

Bagi mendapatkan lebih maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web AppleCare. Pastikan juga anda membaca Helaian Pendedahan Produk dan Terma & Syarat untuk AppleCare+ di Malaysia.

Bacaan berkaitan:

  • Apple didakwa main kotor di EU, pematuhan DMA hanya ilusi
  • GeForce Now dan Xbox Cloud Gaming mungkin akan tembusi iOS tak lama lagi
  • Apple benar gedung aplikasi pihak ketiga di iOS bersama 2 lagi perubahan lain
Tags: airpodsAirPods Proappleapple watchapple watch 9AppleCareAppleCare PlusAppleCare+iphoneiphone 13iphone 14iPhone 14 Plusiphone 15iphone 15 proiphone 15 pro maxiPhone SE
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240130 AppleCare+

AppleCare+ kini tersedia untuk iPhone, Apple Watch dan AirPods di Malaysia

30 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER