• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 11:30 am
  • 31/01/2024
  • Komen
Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dijanjikan, Infinix Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar baru mereka yang sangat murah, Infinix Smart 8 Pro. Ia menampilkan kamera 50MP dan ciri ala ‘Dynamic Island’ di telefon pintar berharga di bawah RM400, pertama seumpamanya di Malaysia.

Siri Smart adalah barisan telefon Infinix paling murah, diikuti siri Hot dan siri Note. Bagaimanapun, Infinix mampu menawarkan spesifikasi yang lebih baik berbanding pengeluar lain pada harga yang sama. Malah menyaingi apa yang ditawarkan oleh Xiaomi, Redmi dan juga Poco.



Harga dan ketersediaan

Orang ramai boleh mendapatkan telefon pintar Infinix Smart 8 Pro mulai hari ini, daripada semua pengedar sah Infinix di Malaysia. Ia juga terdapat atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok rasmi Infinix Malaysia.

Hanya ada satu varian diperkenal di Malaysia dan harga rasminya adalah seperti berikut:



  • Infinix Smart 8 Pro (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM399

Terdapat empat pilihan warna untuk telefon ini iaitu hitam, pelangi, putih dan emas.

Spesifikasi Infinix Smart 8 Pro

Telefon mampu milik Infinix ini dikuasakan cip Mediatek Helio G36, dengan 8-teras Cortex A53 yang jimat tenaga berkelajuan sehingga 2.2Ghz. Ia disertakan RAM LPDDR4X sebanyak 4GB tetapi boleh diluaskan secara maya sehingga 8GB. Storan pula seluas 128GB dan menerima kad mikroSD sehingga 2TB.

Skrinnya jenis LCD berukuran 6.6-inci, memiliki resolusi HD 720p, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan setinggi 500 nits. Pengimbas capjari ada di sisi.

Kecanggihan skrin ini adalah pada lubang kecil di atas yang ada fungsi Dynamic Island iPhone 15. Tetapi Infinix menggelarnya ‘Magic Ring’. Ia boleh membesar untuk memaparkan notis seperti status mengecas dan panggilan.

Lubang kecil di atas ini juga memuatkan kamera hadapan 8MP F2.0. Di belakang kelihatan ada 2 kamera. Tetapi ia hanyalah kamera utama 50MP F1.85 dan kamera kedua dipanggil kamera AI.

Walaupun hanya ada speaker mono, Infinix menyatakan speaker di Smart 8 Pro sangat lantang, sehingga 200% lebih kuat daripada biasa. Ia juga memiliki jek audio 3.5mm jika ada yang perlukannya.

Bateri di dalam telefon ini berkapasiti 5,000mAh dan ia boleh mengecas menerusi USB-C dengan kuasa sehingga 10W sahaja. Sistem operasi Android 13 Go dilapisi XOS 13, digunakan pada Infinix Smart 8 Pro.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Infinix Smart 8 Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Smart 8 Pro, telefon sangat murah akan dilancar di Malaysia
  • Infinix Hot 30 dan Hot 30i diganda storan & RAM, harga kekal tapi ada diskaun RM100
  • Infinix lancar siri Hot 40, hadir dengan Dynamic Island dan kamera utama 108MP
Tags: InfinixInfinix Smart 8 Promobile
Najib

Najib

POPULAR

Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia

Infinix Smart 8 Pro, kamera 50MP dan ciri Dynamic Island paling murah di Malaysia

31 January 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER