• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

JPJ buka bidaan nombor pendaftaran siri GOLD serendah RM300 mulai 1 Februari

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:11 am
  • 31/01/2024
  • Komen
240131 JPJ Bidaan Nombor Pendaftaran GOLD
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 pada 1 Februari 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka bidaan dalam talian untuk nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri GOLD.

Sekadar untuk lebih jelas, warna plat akan kekal sama seperti biasa iaitu putih dan anda boleh membida untuk siri pendaftaran kenderaan GOLD bermula dari 1 hingga 9999.



GOLD 1 hingga GOLD 9999 untuk bidaan pada 1 Februari 2024

240131 JPJ Bidaan Nombor Pendaftaran GOLD

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan nombor plat GOLD, anda boleh meletakkan bidaan dalam talian menerusi portal JPJeBid. 

Proses bidaan akan bermula pada hari Khamis, 1 Februari 2024 dan akan berakhir pada hari Isnin, 5 Februari 2024, jam 10 malam. Keputusan bidaan akan diumumkan pada hari Selasa 6 Februari 2024.



240131 JPJ Bidaan Nombor Pendaftaran GOLD
Bidaan minimum dan kenaikan bidaan untuk bidaan nombor plat. Sumber: JPJ

Bidaan minimum untuk nombor GOLD premium seperti 1 hingga 10 adalah RM20,000 dan kadar kenaikan bidaan adalah RM1,000. 

Bagi nombor menarik, contohnya 11, 88, 555, 888, 8888, 9999, bidaan minimum adalah RM3,000 dengan kadar kenaikan bidaan sebanyak RM150.

Manakala untuk bidaan nombor popular seperti 80, 181, 787, 808, 1010, 8008, 8899. 9988, ia bermula daripada RM800 dengan kadar kenaikan bidaan sebanyak RM40. 

Nombor biasa pula, boleh dibida pada harga minimum bermula RM300 dan kadar bidaan tambahan RM15.

50% hasil bidaan GOLD biayai inisiatif MOT

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, 50% daripada hasil bidaan itu akan digunakan untuk membiayai inisiatif berterusan dan baharu di bawah kementeriannya. Ia termasuk sumbangan PERKESO untuk 40,000 pemandu teksi di Malaysia dan inisiatif lain seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySiswa.

JPJ pernah menerima hasil bidaan tertinggi untuk siri nombor plat FF yang menjana RM35 juta. Sultan Johor membayar RM1.2 juta untuk FF1, yang mencatat rekod sebagai nombor plat termahal di Malaysia.

Loke berharap JPJ akan memperolehi pendapatanlebih baik untuk siri GOLD dan beliau menggesa orang awam untuk menyertai bidaan itu kerana ia dapat membantu membiayai program yang membantu golongan kurang berkemampuan.

[Sumber: MOT Malaysia, The Star]

Bacaan berkaitan:

  • Lesen Memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari, ada rebat RM5
  • Aplikasi MyJPJ: Cara untuk digitalkan cukai jalan dan lesen memandu
  • Aplikasi myJPJ ada satu fungsi sangat berguna untuk kesalahan jalanraya
Tags: GOLDJPJJPJeBidMenteri Pengangkutannombor pendaftaran istimewanombor pendaftaran keretanombor plat
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240131 JPJ Bidaan Nombor Pendaftaran GOLD

JPJ buka bidaan nombor pendaftaran siri GOLD serendah RM300 mulai 1 Februari

31 January 2024
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026
Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

Pos Malaysia perkenal Pos ArRahnu Gold-i, simpan emas digital bermula RM10

14 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN