• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar online kompaun tertunggak DBKL serendah RM10 sempena Hari Wilayah

  • OLEH Najib
  • 12:55 pm
  • 02/02/2024
  • Komen
Bayar online kompaun tertunggak DBKL serendah RM10 sempena Hari Wilayah
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan tawaran kadar khas bagi notis kompaun tertunggak yang dikeluarkan pegawai DBKL. Tawaran ini terbuka sepanjang bulan iaitu dari 1 hingga 29 Februari 2024. Paling menarik, orang ramai tidak perlu mengunjungi sebarang reruai atau pergi ke kaunter secara fizikal, kerana tawaran ini boleh dibayar menerusi aplikasi mudah alih Pay@KL.

ADA KOMPAUN TERTUNGGAK?

Sempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024, kami bawakan berita baik kepada seluruh warga kota 🙂 pic.twitter.com/BjVkBf319g

— Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (@DBKL2u) January 31, 2024

Kadar Khas Kompaun

Orang ramai boleh mendapatkan kadar khas kompaun bagi kesalahan trafik dan lalu lintas seperti salah meletak kenderaan dan lain-lain. Kadar khas yang dikenakan berbeza mengikut kenderaan iaitu Motorsikal RM10, kereta, MPV dan lori kecil RM20, manakala bas dan lori pula RM50.



Selain trafik, tawaran kadar khas juga diberikan untuk kesalahan am seperti kesalahan penjaja, lesen dan lain-lain yang tidak melibatkan warga asing. Kadar khas tersebut ialah RM100 sahaja.

Bagaimanapun, kadar khas ini tidak terpakai untuk beberapa jenis kesalahan khusus seperti kesalahan yang telah disenarai hitam, kesalahan mengambil bekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah, serta kesalahan di bawah beberapa akta seperti UUK Pengangkutan Bahan (WPKL 1997, UUK Pasar Borong (WPKL) 2002, Akta Hotel (WPKL) 2023, Akta Hiburan (WPKL) 1992, Akta (Perancangan) WP 1982 serta berkaitan kelususan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.



Bayar di mana sahaja dengan Pay@KL

Tawaran DBKL kali ini paling memudahkan berbanding kebanyakan tawaran kompaun lain kerana pengguna tidak perlu pergi ke sebarang reruai atau pameran, malah tidak perlu datang ke kaunter DBKL. Ini kerana tawaran ini boleh didapati menerusi aplikasi Pay@KL yang boleh dimuat turun menerusi Apple Appstore dan Google PlayStore.

Tunggu apa lagi, ini lah masanya untuk anda membayar kompaun tertunggak DBKL jika masih ada. Dari serendah RM10 untuk kesalahan trafik motorsikal dan RM20 untuk kesalahan trafik kereta.

[Sumber: DBKL]

Bacaan Berkaitan

  • PDRM tawar diskaun 50% saman trafik sempena Hari Terbuka Putrajaya 2024
  • Diskaun 50% saman trafik & cabutan bertuah, sempena setahun Kerajaan Madani
Tags: DBKLkompaunSaman
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Bayar online kompaun tertunggak DBKL serendah RM10 sempena Hari Wilayah

Bayar online kompaun tertunggak DBKL serendah RM10 sempena Hari Wilayah

2 February 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER