• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun 50% saman trafik & cabutan bertuah, sempena setahun Kerajaan Madani

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:51 am
  • 05/12/2023
  • Komen
COVID-19: PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50% sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani bermula 8 hingga 10 Disember 2023.

Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil mengikut tarikh dan masa berikut:



  • 8 Disember (Jumaat) – 9 pagi hingga 4 petang
  • 9 & 10 Disember (Sabtu & Ahad) – 9 pagi hingga 6 petang

Walau bagaimanapun, diskaun itu tidak melibatkan kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan kemalangan, kes mahkamah berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

Anda digalakkan untuk membuat semakan awal saman terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan proses pembayaran saman.



Semakan boleh dilakukan menerusi portal dan aplikasi MyBayar PRDM yang boleh dimuat turun menerusi Apple Apps Store atau Google Play Store.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Selain daripada membuat pembayaran saman, terdapat pelbagai acara lain sesuai untuk seisi keluarga turut akan diadakan sepanjang 3 hari program berlangsung, antaranya:

  • Pameran aset kerajaan melibatkan MINDE, KPKT, JBPM dan JPM
  • Karnival kerjaya
  • Trak makanan
  • Jualan RAHMAH
  • Tayang filem MALBATT
  • Pertunjukan eksperimen sains api dan galaksi bima sakti
  • Pementasan kebudayaan Malaysia
  • Larian Ria Madani bertemakan pakaian tradisional

Lebih menarik lagi, terdapat juga kempen Cabutan Bertuah dan anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti:

  • Motosikal Modenas Kriss
  • TV 55 inci
  • Hamper 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Setahun Bersama Kerajaan Madani, anda boleh layari laman web Malaysia Madani.

[Sumber: Polis Diraja Malaysia, Malaysia Madani]

Tags: kompaun samanpdrmpolis diraja malaysiaSamanSaman trafik
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

COVID-19: PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020

Diskaun 50% saman trafik & cabutan bertuah, sempena setahun Kerajaan Madani

5 December 2023
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN